Hi! Welcome Back and Stay Tune! TM Berkongsi Maklumat Tentang Penaiktarafan Kelajuan Internet Pelanggan Bermula 1 Januari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TM Berkongsi Maklumat Tentang Penaiktarafan Kelajuan Internet Pelanggan Bermula 1 Januari Ini

Di dalam pembentangan belanjawan negara 2017 Jumaat lalu, yang amat berhormat Perdana Menteri ada menyentuh tentang penurunan harga perkhidmatan internet di Malaysia menjelang 2018. Maklumat lebih terperinci mengenai pakej baru ini tidak pula diketahui pada waktu tersebut. Hari ini pihak TM akhirnya berkongsi maklumat mengenai pelarasan harga dan kelajuan Internet yang ditawarkan untuk pakej yang ditawarkan oleh mereka.

TM UniFi AdvanceBermula satu Januari 2017, kesemua pelanggan Unifi dan Streamyx akan menerima penaiktarafan ke pelan lebih pantas sehingga dua kali ganda kepantasan pelan semasa. Pelanggan Unifi Advance Plan 30 akan dinaik taraf ke Advance Plan 50 pada harga semasa. Pelanggan Advance Plan 50 plan pula akan dinaiktaraf ke Pro Plan 100. Seperti yang ana boleh lihat tidak kesemua pelanggan pelan yang ditawarkan akan menerima penaiktarafan kelajuan sebanyak dua kali ganda.

Pihak TM akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai pakej yang dilanggani pelanggan pada bulan Disember hadapan. Apa yang pasti pelanggan sedia ada tidak akan diberikan pilihan untuk kekal pada kelajuan sedia ada tetapi hanya membayar separuh harga. Pakej tanpa HyppTV juga tiada dalam perancangan buat masa ini. Bagi pelanggan sedia ada bersedialah untuk peningkatan kelajuan Internet yang anda langgani pada tanggal 1 Januari hadapan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2eAjE3I

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.