Hi! Welcome Back and Stay Tune! Patuh Syariah: Gadis Berpurdah Tebar Roti Canai Tarik Perhatian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Patuh Syariah: Gadis Berpurdah Tebar Roti Canai Tarik Perhatian

Viral dua gadis berpurdah membantu ibu bapanya berniaga roti canai di Kedai Makan Masjid Parit Panjang menjadi perhatian ramai malah turut mengundang pelanggan dari negeri lain termasuk dari pantai timur.

Kehadiran mereka bukan sahaja untuk menikmati roti canai tetapi dengan hajat mahu merisik kedua-dua gadis yang masih belajar di universiti ini.

Ibu dua beradik itu, Rohana Md Rejab, 50, berkata, dua anak gadisnya, Siti Nadwa Abdul Aziz, 24 dan Siti Nur Fatin Abdul Aziz, 22, sering kali dirisik oleh pelanggan sejak mula membantu ayah mereka di kedai pada tahun 2010 hingga kini.

“Sebelum viral hingga sekarang, ada yang datang dari Kelantan, Pulau Langkawi dan Perlis untuk merisik Siti Nadwa dan Siti Nur Fatin.

“Ada juga yang datang membawa ibu mereka ke sini untuk lamar anak kami,”katanya ketika ditemui di kedainya di sini, hari ini.

Rohana berkata, ada pelanggan memarahinya kerana  tidak melepaskan Siti Nadwa dan Siti Fatin untuk berumah tangga.

“Ada yang marah kak sebab tidak lepaskan anak, sebenarnya anak belum fikir ke arah itu, mereka masih  mahu tamatkan pelajaran.

“Namun untuk jodoh terpulang kepada mereka, sebagai ibu dan ayah kami akan pantau dan berikan terbaik,”kata ibu kepada anak ketiga dan keempat itu.

Sementara itu menurut ayah dua beradik itu, Abdul Aziz Ishak, 53, Siti Nadwa yang menuntut dalam jurusan Pendidikan Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( Upsi) dan Siti Nur Fatin dalam bidang Ijazah Bahasa Arab di Kolej Universiti Insaniah ( Kuin) mempelajari membuat roti canai sejak belasan tahun.

Menurutnya, kedua puterinya itu sering membantunya di kedai setiap kali cuti semester .

“Mereka mungkin minat sebab selalu tengok saya tebar roti canai sejak kecil, bila belasan tahun mereka belajar untuk tebar dan masak kerana mahu membantu ayah sendiri.

“Sampai sekarang jika cuti semester mereka akan bantu saya di kedai, Siti Nur Fatin pula sering bantu setiap minggu, Kuin dengan Parit Panjang dekat sahaja,”katanya.

Sumber : SH



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.