Hi! Welcome Back and Stay Tune! Padah Obses Bina Badan, Tangan Lelaki Ini Hampir Putus Dua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Padah Obses Bina Badan, Tangan Lelaki Ini Hampir Putus Dua

Kerana taksub untuk menjadi `abang sado’ seorang lelaki Romario Dos Santos Alves, 25, sanggup menyuntik minyak dan akohol di lengannya bagi mendapatkan otot yang besar.

Hasilnya, dia hampir kehilangan dua tangannya manakala nyawanya juga turut terancam. Selain itu, keadaan otot lengan yang besar itu juga menyebabkan dia digelar Incredible Hulk hinggakan kanak-kanak menjadi takut dengannya.

Akibat tekanan tersebut, Alves hampir membunuh diri ketika isterinya sedang hamil enam bulan.

2843cb9f00000578-3066540-he_was_told_by_a_doctor_that_his_only_course_of_action_would_be_-a-57_1430694336679

2843cb5700000578-3066540-the_filler_began_causing_him_constant_pain_and_he_almost_suffere-a-51_1430694336458

2843cb1600000578-3066540-he_also_receives_praise_and_adulation_for_his_incredible_physiqu-a-59_1430694336817

2843ca6e00000578-3066540-he_even_tricked_his_wife_marisangela_marinho_22_pictured_togethe-a-56_1430694336664

Menurut Alves, dia terpengaruh dengan bahan berkenaan selepas mengunjungi sebuah gim dan diperkenalkan oleh rakannya tiga tahun lalu.

“Apabila anda mula mengambilnya, anda akan terus ketagih.Saya hilang kawalan,” katanya.

Ketika mula-mula menyuntik bahan berkenaan, lengannya menjadi keras umpama batu hinggakan dia terpaksa meminta isterinya menyuntik bahan berkenaan di bahagian lain.

Kerana otot itu menjadi terlalu keras, dia terpaksa membeli jarum suntikan yang digunakan untuk menyuntik kerbau.

2843cb7400000578-3066540-he_suffered_from_depression_and_was_hospitalised_after_trying_to-a-60_1430694336841

2843cc4400000578-3066540-he_said_his_swollen_muscles_terrify_children_in_his_hometown_of_-a-58_1430694336755

2843ce0e00000578-3066540-the_former_bodyguard_said_using_the_synthetic_filler_synthol_cos-a-54_1430694336600

2843ce2500000578-3066540-father_of_one_romario_dos_santos_alves_25_risked_his_life_by_inj-a-52_1430694336480

Bicepnya kemudian membengkak hinggakan sebesar 25 inci. Lama kelamaan dia mula berasa sakit dan mengalami kegagalan buah pinggang akibat toksin dalam minyak berkenaan.

Doktor yang merawatnya kemudian memaklumkan dia perlu memotong kedua-dua tangannya kerana bahan berkenaan mengancam nyawa Alves.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital untuk melalui proses memotong tangan, saya dihubungi oleh doktor dan mereka memaklumkan bahawa tangan saya tidak perlu dipotong sebaliknya hanya otot yang keras itu sahaja perlu dibuang,’ katanya.

Alves kini amat menyesal dan dia tidak mahu lagi menyuntik bahan berkenaan.



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.