Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kecerdasan Buatan Google Kini Boleh Membaca Gerak Bibir – Lebih Hebat Daripada Manusia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kecerdasan Buatan Google Kini Boleh Membaca Gerak Bibir – Lebih Hebat Daripada Manusia

Pada tahun ini, Google telah memperlihatkan perkembangan yang sangat baik dalam arena kecerdasan buatan (AI). Kecerdasan buatan Google telah berjaya mengalahkan manusia dalam permainan Go, selain turut boleh meneka apa yang dilakar oleh pengguna, dan sebagainya.

Terkini, pengkaji di Google turut bekerjasama dengan saintis dari Universiti Oxford untuk membangunkan perisian dengan integrasi kecerdasan buatan untuk membaca gerak bibir manusia.

Membaca Gerak Bibir

Untuk menjayakannya, kecerdasan buatan berkenaan telah dilatih untuk menganotasi pelbagai rancangan televisyen. Kecerdasan buatan yang dibangunkan pengkaji dan saintis ini dilihat berjaya mencapai ketepatan sekitar 46.8% dalam menganotasi apa yang disebut.

Untuk perbandingan, bagi video yang sama, pembaca gerak bibir manusia hanya mencapai kadar ketetapan sekitar 12.4% sahaja.

Perkara ini masih pada peringkat kajian lagi buat masa ini, dan mungkin akan terus dilatih dan dibangunkan. Dari segi penggunaan, pembaca gerak bibir ini boleh membantu mereka yang mempunyai masalah pendengaran untuk berkomunikasi dengan lebih efisyen lagi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fw59Py

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.