Hi! Welcome Back and Stay Tune! WRZiT – Menggunakan Kuasa Komuniti Dalam Berkongsi Masa Sesuatu Bas Akan Tiba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WRZiT – Menggunakan Kuasa Komuniti Dalam Berkongsi Masa Sesuatu Bas Akan Tiba

WRZiT (disebut : Where Is It) merupakan salah satu aplikasi baru daripada pembangun tempatan, dimana ia memfokuskan untuk membantu pengguna mengetahui bilakah bas awam akan tiba di sesuatu destinasi. Berbeza dengan menggunakan sebarang peranti berhubung dalam bas, WRZiT menggunakan kuasa komuniti dalam berkongsi informasi berkenaan.

WRZiT menyokong sekitar Petaling Jaya (melalui PJ City Bus) buat masa ini, dimana sesiapa sahaja yang menaiki bas berkenaan boleh memuat-turun dan berkongsi suasana dalam bas, selain menggunakan peranti mereka dalam berkongsi masa akan tiba ke sesuatu stesen bas yang lain.

Perkara ini dijayakan melalui penggunaan sokongan geolokasi dalam peranti pengguna. Selain daripada itu, WRZiT turut mengumpulkan data daripada beberapa saluran lain seperti pemandu bas sendiri, atau melalui data transit daripada penyedia berkenaan.

WRZiT

Seperti biasa, memandangkan ia menggunakan kuasa pengguna dalam berkongsi info – lebih kurang seperti Waze, ia akan berjaya dengan lebih ramai menggunakannya. Mungkin disebabkan itu, pembangunnya memperkenalkan perkhidmatan mereka secara berperingkat mengikut perjalanan dan bas.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun aplikasi WRZiT ini, dan membantu pengguna lain dalam berkongsi info mengenai masa sesuatu bas berkenaan akan tiba dan juga kadar kesesakkan dalam bas berkenaan.

Muat-Turun WRZiT untuk Android

Layari : WRZiT.com






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2gqxrtq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.