Hi! Welcome Back and Stay Tune! Santiago: Pendedahan eksploitasi pekerja asing ‘menyedihkan’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Santiago: Pendedahan eksploitasi pekerja asing ‘menyedihkan’

santiago

PETALING JAYA: Pendedahan terbaharu oleh sebuah akhbar United Kingdom mengenai eksploitasi pendatang asing di Malaysia tidak mengejutkan kerana amalan sedemikian pernah dibangkitkan 2 tahun lalu, kata wakil rakyat DAP, Charles Santiago.

Ahli Parlimen Klang itu memetik laporan Verite, sebuah organisasi tidak berkeuntungan antarabangsa yang pakar dalam isu buruh, pada 2014 yang mendedahkan kehadiran buruh paksa dalam industri elektronik Malaysia.

“Selepas 2 tahun, masalah itu belum diselesaikan,” katanya kepada FMT.

The Guardian baru-baru ini menyiarkan kisah pekerja asing Samsung dan Panasonic di Malaysia yang mendakwa pasport mereka dirampas dan mereka tidak dibenarkan rehat, termasuk ke tandas, semata-mata untuk mencari wang mencukupi bagi membayar kos pengambilan mereka bekerja di negara ini.

Menurut The Guardian, kedua-dua syarikat sudah melancarkan siasatan ke atas dakwaan itu kerana mereka tidak membenarkan pasport dirampas atau mengenakan bayaran terhadap pekerja asing.

Santiago ketika mengulas pendedahan The Guardian itu berkata, pihak berkuasa hanya perlu melakukan kerja mereka dan menguatkuasakan undang-undang untuk memastikan eksploitasi tidak berlaku.

“Kerajaan hanya perlu menahan mereka yang mengeksploitasi pekerja dan mengambil tindakan terhadap mereka mengikut undang-undang.

“Jika ini tidak berlaku, orang akan terus menzalimi pekerja asing.”

Beliau berkata, syarikat besar perlu memastikan pembekal buruh mematuhi undang-undang tempatan dan piawaian teas Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Ini bermakna anda perlu memberi pekerja asing lain rehat sekurang-kurangnya sehari setiap minggu dan anda tidak boleh merampas pasport mereka.”

Santiago berkata, lebih 100 syarikat pembekal buruh dibenarkan membawa masuk pekerja asing ke Malaysia, tetapi Kementerian Dalam Negeri memaklumkan ia sedang mengurangkan jumlah itu.

“Kami juga perlu mengehadkan lagi bilangan syarikat yang dibenarkan membawa masuk buruh asing untuk memastikan pematuhan standard lebih baik dan memudahkan pemantauan.”

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N Gopal Kishnam berkata, MTUC sudah membangkitkan isu buruh paksa berkali-kali, namun ia tetap menjadi masalah.

“Ia benar-benar sedih dan mengecewakan, ‘perhambaan’ masih wujud. Hak asasi pekerja perlu dilindungi. ”

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang dan terdapat undang-undang mencukupi untuk menangani isu itu.

“Jika Jabatan Buruh bertindak tegas terhadap beberapa syarikat pembekal buruh, yang lain akan takut melanggar undang-undang.”

Samsung, Panasonic siasat dakwaan eksploitasi pekerja di Malaysia





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.