Hi! Welcome Back and Stay Tune! MMA: Akta ambil anak angkat rumit dorong penjualan bayi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MMA: Akta ambil anak angkat rumit dorong penjualan bayi

mma-babies-1

PETALING JAYA: Prosedur mengambil anak angkat yang rumit di negara ini adalah punca wujud permintaan untuk mendapatkan bayi secara haram, kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Sehubungan itu, John Chew mencadangkan kerajaan memperkemaskan prosedur pengambilan anak angkat bagi membendung penjualan bayi.

“Ibu bapa boleh menjadi amat terdesak apabila mereka mahu anak dan mengambil anak angkat adalah satu daripada cara untuk mempunyai anak,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau berkata, kehamilan tidak diingini sering memaksa ibu mengambil jalan keluar dengan mencari pengedar dan wanita asing yang mengandung sering terperangkap dalam dilema itu.

“Adalah sukar untuk menerima bayi yang dilahirkan wanita asing sebagai anak angkat, khasnya untuk mendapatkan sijil kelahiran.”

Beliau berkata, MMA tidak menyokong pengambilan anak angkat secara haram dan tindakan perlu diambil terhadap doktor tidak bertanggungjawab yang terbabit dalam penjualan bayi itu.

Sehubungan itu, MMA menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedahan Al Jazeera hari ini berhubung sindiket menjual bayi yang beroperasi di negara ini.

Dalam dokumentari yang disiarkan hari ini, sebuah pasukan siasatan Al Jazeera mendapati bayi dijual dalam talian pada harga AS$1,500 (RM6,600) hingga AS$2,500 (RM11,000).

Dokumentari “Malaysia: Bayi untuk dijual” mendedahkan pemerdagangan manusia secara haram membabitkan rangkaian pengedar, doktor dan pegawai kerajaan yang mengaut keuntungan daripada wanita serta kanak-kanak.

“Kami berharap pihak berkuasa akan menyiasat semua dakwaan Al Jazeera. Jika benar, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata, pakar obstetrik yang terbabit dalam menyambut kelahiran bayi dan penjagaan ibu selepas bersalin bertanggungjawab mengeluarkan sijil kelahiran.

Al Jazeera dedah komplot jual bayi libatkan penjawat awam





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.