Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kezaliman ke atas Rohingya: Anifah akan jumpa Suu Kyi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kezaliman ke atas Rohingya: Anifah akan jumpa Suu Kyi

anifah-aman

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anifah Aman akan mengadakan perjumpaan dengan Kaunselor Negara dan Menteri Luar Myanmar, Aung San Suu Kyi secepat mungkin bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap keganasan ke atas etnik Rohingya di Rakhine.

Kementerian Luar juga akan memanggil duta besar Myanmar di Malaysia bagi menyuarakan kebimbangan Putrajaya itu.

“Malaysia menggesa semua pihak terbabit dalam keganasan terbaru itu mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Malaysia turut mengutuk keganasan di Rakhine sejak beberapa bulan lalu yang mengorbankan nyawa penduduk Islam Rohingya dan menyebabkan ramai terpaksa melarikan diri dari kampung halaman mereka.

Sekurang-kurangnya 86 orang dilaporkan terbunuh serta kira-kira 30,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dalam pertumpahan darah paling teruk di rantau ini sejak beratus kematian direkodkan dalam pergaduhan kaum pada 2012.

Di Malaysia, Kira-kira 1,000 orang yang kebanyakannya terdiri daripada etnik Rohingya dan NGO berarak sejauh 1km dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak ke Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir untuk membantah kezaliman Myanmar ke atas etnik Rohingya.

Protes sama juga diadakan di negara jiran Thailand dan Indonesia.

Menurut laporan Bernama, beratus-ratus orang yang terdiri daripada warga Rohingya dan NGO Islam mengadakan demonstrasi aman berhampiran Kedutaan Myanmar di Bangkok, hari ini, bagi membantah kekejaman ke atas etnik Rohingya di negara jiran itu.

Peserta di Jakarta menggesa panel Nobel membantalkan anugerah yang diberikan kepada Suu Kyi dan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi dilaporkan berkata, negara itu “sedia dan rela” membantu Myanmar memulakan dialog.

3 ditahan, Rohingya tunjuk kemarahan di Kedutaan Myanmar





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.