5 Sebab Kenapa Anda Boleh Lupakan iPad Mini dan Memilih Huawei MediaPad M3
Pada dua artikel terdahulu, anda telahpun mengetahui ciri-ciri yang terdapat pada tablet terkini keluaran Huawei iaitu MediaPad M3. Bukan sahaja ciri-cirinya yang bagus, malahan ia juga menawarkan fungsi yang tidak terdapat pada tablet-tablet flagship keluaran jenama lain.
Kali ini kami mengetengahkan 5 sebab kenapa anda lebih baik memilih MediaPad M3 berbanding iPad.
1. Pembesar Suara Stereo Dengan Teknologi Harman Kardon
Kategori: Pembesar Suara | ||
---|---|---|
Sistem Bunyi | Disahkan Harman Kardon | Tiada |
Teknologi Audio | 3D Dual Speaker | Biasa |
HiFi | HiFi | |
S.W.S 3.0 Sound Technology | – |
Jika anda memainkan permainan atau menonton video menggunakan iPad, anda perlu menggunakan fon telinga stereo untuk menikmati bunyi sebegitu. Ini sekaligus merugikan anda. Anda mungkin perlu membawa fon telinga berwayar yang renyah, atau fon telinga tanpa wayar. Akan tetapi anda masih perlu ‘membawa’ sesuatu hanya semata-mata ingin mendengar bunyi peranti secara stereo.
Pada Huawei MediaPad M3, terdapat pembesar suara stereo yang menambah kualiti pengalaman anda menggunakan peranti ini. Bukan sahaja anda tidak perlu membawa fon telinga, bahkan anda boleh terus memainkan permainan atau menonton video dengan kualiti bunyi yang bagus berkat teknologi Harman Kardon. Fungsi S.W.S 3.0 boleh membuatkan bunyi berubah mengikut apa yang dipaparkan, seperti contoh menonton babak peluru ditembak dari kiri ke kanan, akan menghasilkan bunyi seolah-olah peluru bergerak dari kiri ke kanan.
Pada iPad, tidak terdapat sebarang teknologi audio bermutu, malah jika dibandingkan tahap suara, Huawei MediaPad M3 dua kali lebih lantang bunyinya, selantang nilai yang dibawakan oleh peranti ini.
2. Nisbah Skrin dan Paparan Skrin 2K Yang Lebih Bagus dari iPad
Kategori: Paparan | ||
---|---|---|
Peranti | Huawei MediaPad M3 | iPad Mini 4 |
Resolusi | 1600 x 2560 pixel | 1536 x 2048 pixel |
PPI | 359 | 324 |
Jika anda lihat dari gambar diatas, sudah jelas, nyata dan terang lagi bersuluh bahawasanya skrin MediaPad jauh lebih baik. Jika dilihad dari nisbah paparan, ia menggunakan paparan bernisbah 16:9. Sekiranya anda menonton video pada format HD skrin luas, ia tidak akan memaparkan bahagian hitam pada atas dan bawah video dengan tebal. Ini berbeza apabila anda menggunakan iPad, baik iPad Mini atau iPad 10 inci yang mempunyai paparan bernisbah 4:3, dan akan menghasilkan bahagian hitam dengan lebih tebal, sekaligus menghadkan paparan. Sebagai perbandingan, paparan Huawei MediaPad M3 adalah 27% lebih luas dan besar dari iPad Mini 4. Lebih luas skrin, lebih selesa ia dapat ditonton.
Satu lagi kelebihan dengan paparan bernisbah 16:9 adalah pengguna boleh melakukan fungsi Split-Screen, sekaligus memudahkan tugas berhibur sambil bekerja, atau menonton video sambil melayari Facebook. Dalam contoh diatas, anda masih boleh melayari laman web kami, sambil mencari video, bahkan sambil menonton video YouTube yang berada dalam format Picture-in-Picture.
iPad dahulunya telah mencetus paparan beresolusi tinggi menggunakan paparan Retina. Namun itu merupakan perkara yang popular 2 tahun lalu dan kini Huawei telah mengatasinya dengan menyertakan paparan skrin 2K. Paparan skrin 2K ini jauh lebih baik dari paparan Retina, dengan resolusi setinggi 2560 x 1600 dan ketumpatan pixel 359 ppi. Pada resolusi sebegini, apabila melihat paparan peranti ini meskipun dibawah cahaya matahari yang terang, ia jelas dapat dilihat. Ini jauh lebih bagus dari paparan Retina iPad Mini 4 hanyalah sebesar 2048 x 1536, dan ketumpatan pixel 324 ppi.
3. Cip Pemprosesan Kirin Yang Berkuasa
Jika dibandingkan dari prestasi cip pemprosesan, cip yang terdapat pada Huawei MediaPad M3 adalah jauh lebih pantas dari iPad Mini 4. iPad Mini 4 hanya mempunyai kelajuan 1.5GHz, manakala Kirin 960 berkelajuan 2.3Ghz dan lebih laju. Malah saiz cip pemprosesan MediaPad M3 adalah sebesar 16nm berbanding iPad Mini 4 dengan saiz 20nm. Perbezaan saiz ini membawakan manfaat dari segi penjimatan tenaga, sekaligus menyumbang kepada tempoh penggunaan yang lebih lama.
Dengan tablet yang memfokuskan penggunaan multimedia, adalah penting untuk ia bertahan lama, membolehkan pengguna menonton atau mendengar lagu untuk satu tempoh yang panjang. Dengan kapasiti bateri sebesar 5,100 mAh yang terdapat pada Huawei MediaPad M3, terdapat pelbagai perkara yang pengguna boleh lakukan dengannya.
Sebagai contoh penggunaan, Huawei menyatakan pengguna boleh melayari internet pada kelajuan 4G selama 9 jam, menonton video HD penuh sepanjang 11 jam, atau bersembang memanggil rakan pada capaian 3G selama 31 jam, dan juga 42 jam mendengar lagu secara berterusan. Ini sudah tentu dapat memuaskan hati pengguna tablet yang boleh beroperasi dengan lama.
4. Pengimbas Cap Jari
Fungsi sekuriti merupakan fungsi yang terpenting pada masa kini bagi melindungi data, baik data peribadi mahupun data syarikat yang penting. Pada Huawei MediaPad M3, terdapat pengimbas cap jari yang boleh mengimbas pada kelajuan 4.7ms. Bukan sekadar digunakan untuk menyah-kunci, malah boleh digunakan untuk mengakses aplikasi seperti Microsoft Office.
5. Boleh Melakukan Panggilan
Perbezaan kedua yang boleh membuatkan MediaPad M3 berada jauh dihadapan iPad adalah kebolehannya yang boleh membuat panggilan. Jika anda membeli iPad yang dijual pada harga yang tinggi, anda masih perlu membeli telefon pintar dan ini semestinya sudah menambah kos pemilikan anda, memerlukan anda berbelanja lebih. Bukan sahaja anda perlu berbelanja lebih, bahkan membawa dua peranti kemana-mana juga merupakan satu masalah. Mungkin juga anda perlu mempunyai dua talian internet untuk menggunakan kedua-dua peranti.
Kenapa berbelanja lebih jika ada satu peranti yang boleh melakukan kesemuanya. Huawei MediaPad M3 boleh melakukan panggilan sekaligus anda boleh bergantung harap kepada tablet sebegini untuk menghubungi keluarga serta sahabat handai. Ini sekaligus menambah nilai pemilikan peranti ini, bukan sekadar tablet hiburan malah lebih dari itu.
Perkhidmatan Selepas Jualan
Jika anda kerap risaukan perkara seperti perkhidmatan selepas jualan, Huawei menawarkan sejumlah pilihan dan jaminan untuk MediaPad M3. Setiap pembeli tablet ini diberikan jaminan penukaran satu-ke-satu untuk tempoh setahun bermula dari tarikh pembelian peranti ini. Jika anda yang ingin membelinya berada di Kuala Lumpur, anda tidak perlu bersusah-payah hadir ke kedai Huawei kerana ia boleh dihantar terus ke rumah anda.
Dalam tempoh jaminan setahun juga, pengguna boleh menghantarkan MediaPad M3 untuk dibersihkan sebanyak dua kali. Lebih dari itu, Huawei turut menyediakan talian khas untuk pemilik peranti ini, dimana pemiliknya boleh menghubungi 1800-22-0086 untuk sebarang bantuan setiap hari termasuklah hari minggu, dari jam 9AM sehingga 9PM.
Dengan lima sahaja fakta ini, ia pastinya dapat membuktikan pemilikan Huawei MediaPad M3 jauh lebih baik dari iPad. Malah terdapat lagi beberapa faktor yang membuatkan MediaPad tidak terkalah, termasuklah storan yang boleh ditambah menerusi kad mikro-SD. Selain dari storan terbina dan juga kad Mikro-SD, tablet ini juga menyokong fungsi USB On-the-Go membolehkan pengguna membawa pemacu USB sendiri, dan memainkan video atau membuka fail terus darinya.
Namun storan yang disediakan pada Huawei MediaPad M3 sudah cukup besar, ditawarkan pada dua variasi, iaitu dengan kapasiti storan 32GB pada harga RM 1,699, manakala kapasiti storan 64GB ditawarkan pada harga RM 1,999.
Baca: Pandang Pertama Huawei MediaPad M3
Penafian: Advertorial dari Huawei
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hEXFsi
Post a Comment