Kisah Nyata Penggali Kubur Lihat Azab Orang Meninggal
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual.
Pada suatu hari, pemuda itu berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT.
Dia berkata; ” Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut” .
” Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat,” kata dia menyesal.
Yang pertama, ia melihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila menggali semula kuburnya pada waktu malam, wajah si mayat berubah membelakangkan kiblat.
” Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membedakan mereka daripada golongan muslim yang lain,”jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi; ” Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahat. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku melihat wajah mereka telah berubah menjadi buruk. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut; ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan salat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya salat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika salatnya sempurna, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain.”
Pemuda itu menyambung lagi: ” Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa saja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu” .
Jawab ahli ibadah tersebut ” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
Lahat Dipenuhi Air Hitam
Dream – Golongan keempat, melihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu?
” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang durhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak ridha kepada manusia yang menderhakai ibu bapaknya” .
Ia juga melihat mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya.
Mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari.
Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, bahwa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umatnya.
Kemudian golongan yang keenam yang dilihat, sewaktu siangnya lahatnya kering kerontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, mayat tersebut terapung dan lahatnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya.
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
Dan golongan terakhir yang dilihat adalah mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. ” Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka.
Inilah golongan yang beroleh keridhoan dan kemuliaan di sisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah. Wallahu a’lam (Dan Allah Lebih Tahu atau Mahatahu)
Sumber:
Sumber islamidia.com http://ift.tt/2gRDjhb
Post a Comment