Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lenovo P2, Jangka Hayat Bateri Sehingga 3 Hari Pada Harga RM1299 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lenovo P2, Jangka Hayat Bateri Sehingga 3 Hari Pada Harga RM1299

Harga Lenovo P2

Baru-baru ini Lenovo Malaysia telah melancarkan 4 model smartphone baru untuk pasaran 2017. Ia merangkumi peranti mampu milik serendah RM479 dan juga model pertengahan yang berharga sehingga RM1299. Empat telefon pintar tersebut ialah Lenovo K6 Note, K6 Power, Lenovo P2 dan juga Lenovo A6600.

Antara keempat empat model ini, Lenovo P2 merupakan model terbaik dengan harga jualan di Malaysia iaitu RM1299 termasuk GST. Ianya merupakan model kesinambungan kepada peranti Lenovo Vibe P1 yang dilancarkan September tahun lalu dengan harga di Malaysia sekitar RM999.

Lenovo P2, Spesifikasi Premium Pada Harga Mampu Milik

Untuk Lenovo P2, ianya masih lagi mengekalkan reka bentuk Lenovo P1 dengn skrin sebesar 5.5 inci. Namun untuk model pertenghan ini Lenovo bawakan skrin Super AMOLED beresolusi 1080P untuk kualiti paparan yang lebih jelas, terang dan terperinci. Rekaannya juga lebih kemas dengan kerangka unibody logam penuh yang hadir denngan warna emas dan juga kelabu.

Harga Lenovo P2 Malaysia

Di bahagian dalamnya, Lenovo P2 hadir dengan pemproses Snapdragon 652 dengan kemampuan CPU Octa-Core 2.0 Ghz dan juga Adreno 506 GPU. Ianya merupakan pemproses kelas pertegahan yang berkuasa dan dimantapkan pula dengan 4 GB LPDDR3 RAM sudah tentunya membantu peranti ini berkerja lebih pantas dan fungsi multitasking yang efektif. Tambahan pula, ia hadir dengan 32 GB memori dalaman serta sokongan slot microSD yang boleh dimuatkan sehingga 128GB yang cukup memuatkan beribu file multimedia termasuk gambar, muzik dan juga video.

Bagi sistem fotografi, Lenovo P2 hadir dengan lensa utama 13 Megapixel. Ia turut memiliki fungsi Phase Detection Autofocus PDAF, Dual LED Flash, HDR serta sokongan rakaman video beresolusi HD 1080p. Untuk Selfie, peranti pertengahan ini menyediakan 5 Megapixel kamera untuk itu.

Seperti kebanyakan peranti lenovo yang lain, smartphone ini juga memiliki kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 5100mAh. Ianya juga menyokong penggunaan  24W rapid charger yang membolehkan ia bertahan sehingga 10 jam dengan tempoh pengecasan hanya selama 15 minit. Bukan itu saja, peranti ini boleh bertindak sebagai “PowerBank” dengan memberi kuasa pengecasan untuk peranti yang lain.

Harga Lenovo P2 Malaysia

Antara ciri-ciri lain yang hadir pada peranti ini termasuk pengimbas cap jari di bahagian belakangnya, sokongan dual-SIM, FM Radio, NFC dan sebaginya.

Harga Lenovo P2 di Malaysia

Di Malaysia, Lenovo P2 sudah pun berada di pasaran tempatan. Harga Lenovo P2 di Malaysia adalah RM1299 yang boleh didapati di 11Street.com, Lazada Malaysia dan juga pengedar rasmi Lenovo.

The post Lenovo P2, Jangka Hayat Bateri Sehingga 3 Hari Pada Harga RM1299 appeared first on Mesra Mobile.



Penyumbang : Mesra Mobile http://ift.tt/2hUXubz

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.