Peranti Pebble Akan Disokong Sehingga Penghujung 2017
Pebble secara rasmi diambil alih oleh Fitbit minggu lalu dengan nilai jualan sekitar $40 Juta. Sejurus selepas itu Pebble Time 2 dan Core dibatalkan penghasilannya. Bagi pemilik jam tangan Pebble sedia ada, pengambilalihan oleh Fitbit ini menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan peranti yang dimiliki mereka.
Menerusi blog rasmi, Pebble mengesahkan kesemua peranti sedia ada akan disokong sehingga penghujung 2017. Sepanjang tempoh ini kemas kini perisian bagi memastikan fungsi asas seperti menunjukkan waktu akan terus berfungsi. Namun fungsi yang memerlukan sokongan awanan seperti notifikasi dan ramalan kaji cuaca mungkin tidak akan lagi disokong. Kepada pemilik Pebble anda mempunyai dua belas bulan untuk mencari jam tangan pintar gantian.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hBgEnx
Post a Comment