Hi! Welcome Back and Stay Tune! Allahyarham Haron Din dapat ‘Datuk Paduka Mahkota Selangor’ atas usaha martabatkan Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Allahyarham Haron Din dapat ‘Datuk Paduka Mahkota Selangor’ atas usaha martabatkan Islam

Haron Din dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) sempena hari keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-71 semalam. – Foto Malay Mail

KLANG — Penganugerahan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din adalah sebagai pengiktirafan terhadap usaha beliau memartabatkan Islam dan menyebarkan ilmu agama tanpa batasan di negara ini, kata anaknya.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan anugerah itu yang membawa gelaran ‘Datuk’, kepada anak keempat allahyarham, Najmi Haron, 36 sempena hari keputeraan baginda ke-71 di Istana Alam Shah di sini semalam.

Menurut Najmi, baginda sejak awal tahun ini telah menyenarai nama allahyarham sebagai calon untuk dikurniakan darjah kebesaran tersebut, namun bapanya telah meninggal dunia pada 16 Sept lepas di Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

“Tuanku Sultan memang merancang untuk menganugerahkan anugerah ini kepada ayah saya sejurus selepas pulang menerima rawatan di Amerika, tetapi Allah S.W.T mengambilnya lebih awal.

“Namun, saya rasa bersyukur sebab dapat menerima anugerah ini bagi pihak ayah saya atas pengorbanannya memartabatkan Islam di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu.

Allahyarham Haron menghembuskan nafas terakhirnya pada 16 Sept lepas di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat setelah sekian lama menghidapi penyakit jantung.

Sepanjang hayatnya bermastautin di Bangi, allahyarham Haron merupakan tokoh ulama tersohor dan sentiasa berusaha menggerakkan perpaduan melalui syarahan agama serta tazkirah di masjid sekitar Selangor.

Dalam pada itu, Najmi berkata usaha-usaha dakwah dan kerja-kerja bakti yang dilakukan ayahnya kini diteruskan oleh anak-anaknya dan keluarga terdekat. — Bernama

The post Allahyarham Haron Din dapat ‘Datuk Paduka Mahkota Selangor’ atas usaha martabatkan Islam appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2gSAQk2

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.