Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hari Melayu Sedunia himpunkan ‘pendekar’ di Kuala Kangsar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hari Melayu Sedunia himpunkan ‘pendekar’ di Kuala Kangsar

Peserta lengkap berpakaian hulubalang Melayu berarak dengan menaiki tujuh buah perahu sambil berselawat pada Sambutan Hari Melayu Sedunia kali ke-2 sempena sambutan Hari Maulidur Rasul 1438 Hijrah di Jeti Lembah Sayong 12 Disember 2016.

PERAK – KUALA KANGSAR, 12 Dis — Kira-kira 500 anggota pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu menyertai Sambutan Hari Melayu Sedunia Kali ke-2 sempena sambutan Maulidur Rasul 1438 di sini hari ini.

Lengkap berpakaian Melayu, tidak kurang yang mengenakan pakaian ala hulubalang lengkap bertengkolok serta membawa senjata seperti keris dan panah, mereka menaiki perahu di Sungai Perak menuju ke jeti Lembah Sayong.

Mereka mendarat di situ sebelum berarak ke Laman Budaya sambil berselawat.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong Datuk Mohd Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan Maslin Sham Razman.

Pengerusi sambutan, Raja Shahriman Raja Azidin berkata program itu diadakan bagi menunjukkan orang Melayu dan umat Islam boleh bersatu untuk membentuk kekuatan.

“Ia juga bagi menunjukkan orang Melayu kaya dengan seni dan budaya selain ilmu serta falsafah,” katanya ketika ditemui pemberita pada program itu.

Katanya, sambutan hari tersebut adalah yang kedua selepas kali pertama diadakan di Shah Alam tahun lalu. — Bernama

TERKINI: Jawab tuduhan dalam dua hari, Khairy cakap tak serupa bikin?

KLIK BACA: Najib tak berani bersemuka Dr Mahathir lagi, kata Kadir Jasin

KLIK BACA: Sajak Mahathir –  Pada Senja Hayat Ku Semat Harap Anak Muda Betulkan Malaysia

DIKEMASKINI: Surat layang ‘sebodoh ini’ bukan kerja pembangkang, kata Zainuddin Maidin

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

KLIK BACATidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

Klik sini video lawak: AMY SEARCH JADI KAKITANGAN JAIS

The post Hari Melayu Sedunia himpunkan ‘pendekar’ di Kuala Kangsar appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2hr7CtK

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.