Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guan Eng umum kecualikan cukai pintu rumah kos rendah, kampung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guan Eng umum kecualikan cukai pintu rumah kos rendah, kampung

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan pengecualian cukai pintu pada tahun depan yang berjumlah RM14 juta.—Foto Buletin Penang

KUALA LUMPUR — Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pengecualian cukai pintu bagi semua penghuni rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung pada tahun depan.

Ketua Menteri berkata pihaknya amat prihatin dengan beban yang ditanggung rakyat berpendapatan rendah kesan ekonomi semasa.

“Sebagai sebuah kerajaan negeri yang berjiwa rakyat dan memahami penderitaan rakyat golongan kurang berpendapatan, kerajaan negeri akan memberikan pengecualian cukai pintu bagi tahun 2017 kepada semua penghuni rumah kos rendah, rumah sederhana rendah dan rumah kampung/bertanah,” umum Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini.

“Pengecualian cukai ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang dapat dimanfaatkan oleh pemilik rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kampung adalah sebanyak RM14,093,705.78, di mana cukai pintu yang sepatutnya dipungut pada tahun 2017 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ialah RM8,058,628.78 dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM6,035,077.00.”

Kerajaan negeri juga menurut Lim akan terus menanggung pembayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun depan yang dianggarkan sebanyak RM46.2 juta setahun.

Manakala MBPP dan MPSP diarahkan menanggung beban GST untuk tahun ini yang berjumlah RM19.36 juta.

Pemimpin DAP itu turut mengumumkan pemotongan cukai pintu enam peratus untuk semua hartanah lain termasuk hartanah komersil.

“Potongan 6 peratus ini akan memberikan penjimatan kepada pemilik di kawasan MBPP sebanyak RM11,829,732.70 dan MPSP sebanyak RM9,907,892.00. Potongan 6 peratus cukai pintu ini akan menyebabkan beban kewangan sebanyak RM21.74 juta kepada MBPP dan MPSP,” katanya.

Katanya, langkah ini membuktikan kerajaan negeri mampu mencatatkan lebihan belanjawan tanpa mengenakan GST sekiranya ada tata kelola baik dan sebuah pentadbiran bersih berteraskan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) diamalkan. – The Malay Mail

TERKINIJawab tuduhan dalam dua hari, Khairy cakap tak serupa bikin?

KLIK BACA: Najib tak berani bersemuka Dr Mahathir lagi, kata Kadir Jasin

KLIK BACA: Sajak Mahathir –  Pada Senja Hayat Ku Semat Harap Anak Muda Betulkan Malaysia

DIKEMASKINI: Surat layang ‘sebodoh ini’ bukan kerja pembangkang, kata Zainuddin Maidin

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

KLIK BACATidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

Klik sini video lawak: AMY SEARCH JADI KAKITANGAN JAIS

The post Guan Eng umum kecualikan cukai pintu rumah kos rendah, kampung appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2gzmhFU

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.