AMD Hadir Dengan Cip Menfokuskan Pembelajaran Mesin – Radeon Instinct
Dengan perkembangan arena pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan, ia juga secara tidak langsung memberikan kesan kepada pengeluar cip untuk hadir dengan penawaran yang mampu menampung kadar pemprosesan yang tinggi. Terkini, selain NVIDIA dan Intel, pihak AMD hari ini telah memperkenalkan sebuah cip khusus memfokuskan pembelajaran mesin, dinamakan sebagai Radeon Instinct.
Radeon Instinct ini adalah berasaskan kepada rekaan Polaris, dan dilengkapi dengan sokongan perisian sumber terbuka dalam memudahkan pembangun membangunkan dan mengintegrasikan ia dalam pelbagai perkara – termasuk untuk kenderaan autonomi, dron, perubatan, rumah pintar, robot peribadi, nano-robot, pembantu peribadi, kejuruteraan dan pelbagai perkara lain.
Sebanyak tiga kad grafik ditawarkan dibawah keluarga AMD Radeon Instinct ini, iaitu MI6, MI8, dan juga MI25. Selain itu, AMD juga akan menawarkan perisian sumber terbuka, MIOpen untuk memudahkan pembangunan dan kawalan.
Kesemua produk AMD baru ini dijangka dipasarkan bermula pertengahan pertama 2017 kelak.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2gx67gc
Post a Comment