Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masih Memainkan Pokemon Go? Kemaskini Baru Menawarkan Beberapa Watak Pokemon Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masih Memainkan Pokemon Go? Kemaskini Baru Menawarkan Beberapa Watak Pokemon Baru

Pokemon Go merupakan salah satu permainan yang telah menjadi perbualan ramai beberapa bulan lepas. Namun, disebabkan kaedah permainannya dan juga kurang kemaskini, ia semakin kurang dimainkan pengguna dari hari ke hari.

Kini, dalam usaha untuk membuat lebih ramai memainkannya pada musim cuti kini, pembangunnya telah mengumumkan pengenalan beberapa watak Pokemon baru pada permainan Pokemon Go.

Bermula hari ini, permainan Pokemon Go akan mula menyertakan watak Pokemon generasi kedua, termasuk seperti Togepi dan juga Pichu. Watak ini ditawarkan melalui telur, dimana memerlukan pengguna menetaskan telur bagi mendapatkannya. Disamping itu, permainan ini juga akan menawarkan watak Pikachu memakai topi Santa bermula hari ini sehingga 29 Disember kelak.

Bagi anda yang masih memainkannya, atau mempunyai ia terpasang pada telefon pintar anda, mungkin boleh mencuba nasib untuk mendapatkan beberapa watak Pokemon baru ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hns9PD

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.