Ummi Nazeera terima pilihan keluarga, kahwin doktor Mr I tahun depan
Ummi Nazeera bersama tunangnya Mr I semasa majlis pertunangan di kediamannya di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR ― Pelakon Ummi Nazeera bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan keluarga tahun depan.
Pelakon Zombie Kampung Pisang melangsungkan pertunangan dengan seorang doktor, hanya dikenali “Mr I” dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya di sini, semalam.
“Sejujurnya, kami tidak pernah bertemu atau bertentang mata sebelum ini. Saya hanya mengenali Mr I pada 31 Januari lalu apabila dia menghantar pesanan untuk berkenalan menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya seperti dilapor mStar Online.
“Sejak itu, kami hanya berkomunikasi menerusi mesej tanpa bercakap atau mendengar suara masing-masing di talian telefon.”
Ummi, 26, berkata Mr I yang pada awal diperkenalkan oleh ibu pemuda itu mengambil keputusan melamarnya selepas tiga bulan menjalinkan hubungan.
Keberanian Mr I untuk hadir makan malam dan berkenalan dengan ibunya, Datuk Seri Maziah Musa berjaya menambat hati pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap.
“Itu adalah kali pertama kami bertemu dan keberanian yang dimilikinya itu menyebabkan saya membuat kesimpulan bahawa dia mampu menjadi ketua keluarga kepada saya.
“Dalam hati saya, dia berjaya melepasi ujian pertama apabila bertemu dengan ibu saya dan atas dasar itu, saya menerima keikhlasan hatinya apatah lagi hubungan ini menerima restu daripada ibu saya.
“Itu yang paling penting dan bahagia buat saya,” katanya.
KLIK BACA: Pokok Rengas misteri tempat lelaki hilang selama 13 hari ditemui
TERKINI: Jawab tuduhan dalam dua hari, Khairy cakap tak serupa bikin?
KLIK BACA: Najib tak berani bersemuka Dr Mahathir lagi, kata Kadir Jasin
KLIK BACA: Sajak Mahathir – Pada Senja Hayat Ku Semat Harap Anak Muda Betulkan Malaysia
DIKEMASKINI: Surat layang ‘sebodoh ini’ bukan kerja pembangkang, kata Zainuddin Maidin
KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno
KLIK BACA: Tidak mahukah keluarga Riza mohon tangguh seperti keluarga Jho Low?
TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’
Klik sini video lawak: AMY SEARCH JADI KAKITANGAN JAIS
The post Ummi Nazeera terima pilihan keluarga, kahwin doktor Mr I tahun depan appeared first on Malaysia Stylo.
Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2hnrWMg
Post a Comment