Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 skim penipuan hartanah yang ramai rakyat Malaysia “terkena” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 skim penipuan hartanah yang ramai rakyat Malaysia “terkena”

Kalau nak ikutkan, mana-mana tempat yang boleh buat duit, pasti ada kewujudan scammer kat situ.

Dan arena pelaburan hartanah jugak tak terlepas daripada dikacau scammer kaki kencing ni.

Mereka ni suka ambil kesempatan dan buat untung banyak dengan cara menipu orang ramai.

Tak kira la sikit ke banyak. Yang paling penting, mereka ni jana keuntungan dengan cara yang salah di sisi undang-undang.

Tok nak korang hadamkan apa yang Tok baca dekat blog PropertyPriceTag ni. Elakkan diri dan keluarga korang terkena dengan golongan macam ni.

#5: “Sembang ada orang dalam” – Skim penipuan yang gunakan nama PR1MA

Boleh jadi gaji korang sebenarnya “terlebih mampu” untuk memohon PR1MA. Pada masa yang sama korang memang tak mampu nak beli rumah yang harga mahal gila.

Kalau korang seperti yang Tok cakapkan ni, korang adalah target No.1 kumpulan penipuan PR1MA ni.

Modus operandinya, mereka akan sembang ada kabel dalam. Mereka akan janjikan kepada korang yang korang still boleh memohon rumah PR1MA dan confirm takkan ada masalah punya.

…Cuma korang kena letak deposit sikit.

Antara kes lain yang berkaitan, adalah diorang ni akan pergi approach klien yang bergaji RM10,000 ke atas, dan bagitahu yang mereka adalah wakil yang menjual kuota direktor.

Tambahan pula, mereka ni siap ada dokumen yang ada cop Dewan Bandaraya Kuala Lumpur lagi. Cuma,d ah tentu-tentu ini cop palsu.

Cara nak tau: Setiap kali orang claim orang dalam atau ada kabel, lari jauh-jauh. Diorang ni jenis manusia yang suka kencing orang sampai lencun.

Nota: Cara kenal pasti penipuan dalam urusan jual beli hartanah. Pelabur baru wajib baca. Klik sini dan baca sekarang. 

#4: “Booming Nanning” – Skim pelaburan hartanah penipu

2014, sekurangnya 100 orang melabur dalam apa yang mereka claim sebagai Pure Capital Investment di Nanning, sebuah bandar yang berkembang pesat di China, bersebelahan Vietnam.

Pendek cerita, skim tu tak lain tak bukan skim ala Ponzi tambah MLM.

Modus operandinya diorang akan dipancing dengan lawatan percuma ke China, yang mana kat sana diorang akan di-brainwash untuk jadi jutawan segera.

Mangsa hanya perlu laburkan RM38,474 sebagai upfront payment untuk dapatkan keuntungan 100 kali ganda. Dan semua ini boleh dicapai HANYA dalam masa 2 tahun.

Tapi, korang kena cari lagi 3 orang downline, baru boleh dapat duit tu. Sangat MLM, kan? Dan tak perlu Tok nak ulas panjang. Dah ramai sangat yang duitnya lesap macam tu je.

Macam mana korang nak tahu siapa scammer ni?

Mereka akan janjikan keuntungan 100 kali ganda dalam masa 2 bulan. Kalau betul ada teknik macam ni, takdenya mereka nak bagitau dekat semua orang.

#3: Scam tempah rumah kos rendah – Bahana si ejen bayangan

Pada tahun 2014 juga, ada seorang perempuan yang claim dirinya seorang ejen hartanah berjaya menipu 18 mangsa sehingga rugi RM544,000.

Modus operandinya, mereka akan minta yuran tempahan. Mangsa ditawarkan rumah RM150,000 hanya dengan harga RM40,000. Siap boleh bawak mangsa pergi viewing lagi.

Depositnya RM20,000. Dan lepas bayar, lenyaplah ejen bayangan tu.

Macam mana korang nak tau scammer ni? Rumah RM150,000 jadi RM40,000. Tak payah la percaya rumah tu dijual murah sampai macam tu sekali. Harga kurang lebih setengah tu.

Untuk check ejen yang sah, korang boleh klik link sebelah ni: http://ift.tt/2jiZsVm

Nota: 6 cara kenal pasti ejen hartanah yang cuba kelentong anda. Klik sini dan baca sekarang. 

#2: “Syurga Asean” – Satu lagi skim Ponzi yang terkenal

Dikerjakan oleh syarikat bernama Asean Paradise, diorang ni adalah sebuah syarikat pemasaran yang mencari mangsa-mangsa untuk disontot.

Modus operandinya, menjual Asean Paradize Savan City, sebuah projek mega di kawasan ekonomi subur di Laos.

Mereka punya imej sangat power, siap ada dokumen kononnya joint-venture dengan kerajaan Laos, Malaysia dan Thailand.

Janji diorang pulak datang dalam 3 pakej. Antaranya siap ada dividen bulanan. Tambahan lagi, boleh dapat RM85,000 bagi setiap RM10,000 yang dilaburkan.

Selepas siasatan lanjut, syarikat ni kemudiannya di-blacklist-kan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada tahun 2015.

Cara nak tau siapa mereka? Senang je. Jangan mudah percaya dengan projek kerajaan yang ada kerjasama banyak negara tapi, tak pernah keluar dalam mana-mana media.

Satu lagi. Mana logik kalau projek sebesar tu hnaya perlukan kos permulaan pelaburan yang rendah.

#1: Scam skim hartanah lelong

Mei 2016 yang lepas, sepasang suami isteri ditangkap selepas berjaya menyontot hampir RM500,000 daripada mangsa.

Modus operandi mereka merentas negeri seluruh Malaysia. Ini termasuk Johor, Penang dan Kuala Lumpur. Pasangan ini siap ada pejabat sendiri di Johor Bahru.

Cara nak tau? Offer yang tak masuk akal, dan juga hartanah lelong yang tak wujud. Korang boleh buat carian dan kajian dulu sebelum beli rumah lelong.

Nota: Senarai pemaju yang bermasalah. Adakah anda mangsa mereka? Klik sini dan baca sekarang. 

Tok tak nak pembaca GH (korang la tu) kena tipu dengan golongan macam ni.

Korang ada banyak masalah lain dalam hidup. Jadi, kenapa kena cari dan tambah masalah lagi?

Jangan bagi peluang kat golongan ni ambil kesempatan. Korang ada kuasa untuk ubah perkara ni.

16 otai ini tak gunakan duit sendiri langsung untuk bayar down payment rumah. Siap dapat duit ekstra lagi

Korang beli rumah, tapi boleh dapat duit. Duit yang korang keluarkan awal-awal masa beli rumah tu, korang boleh dapatkan balik bila bank luluskan loan rumah.

Duit lebih tu pulak, korang boleh buat modal untuk tambah lagi 2 – 3 rumah pelaburan. Best, kan?

Klik link bawah ni sekarang untuk beli. Harga eBook akan naik pada bila-bila masa.

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?” <<<

http://ift.tt/2gJs0Y8

The post 5 skim penipuan hartanah yang ramai rakyat Malaysia “terkena” appeared first on GilaHartanah.com.



Sumber : GilaHartanah.com http://ift.tt/2iwhLcz

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.