Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gambar Dan Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S8 Dan Galaxy S8 Plus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gambar Dan Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S8 Dan Galaxy S8 Plus

Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S8

Seperti mana yang kita tahu Samsung akan mengumumkan peranti perdana Samsung Galaxy S8 tidak lama lagi. Sejak beberapa bulan yang lalu telah banyak spesifikasi Galaxy S8 yang telah tertiris di internet. Untuk peranti ini, Samsung dikatakan hadir dengan dua variasi yang dikenali sebagai Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8 Plus.

Rekaan awalnya juga telah tertiris dimana Samsung Galaxy S8 akan hadir dengan skrin lengkung di kedua-dua sisinya seperti siri Galaxy Edge. Butang fizikal “Home” juga telah dibuang untuk memberi ruang sepenuhnya pada skrin yang lebih besar.

Untuk model Galaxy S8 Plus dijangka hadir dengan skrin Super AMOLED 6.2 inci dengan resolusi Quad-HD. Manakala untuk Galaxy S8 pula dijangka akan dimuatkan dengan skrin 5.7 inci pada resolusi yang sama. Kedua-duanya juga sudah tentu hadir dengan pelindung Corning Gorilla Glass 5 dan fungsi Always On Display.

Samsung Galaxy S8 Hadir Dengan Skrin 6.2″, Snapdragon 835, 12 MP Kamera ?

Di bahagian dalamnya, kedua-dua peranti ini bakal hadir dengan spesifikasi yang hampir sama iaitu menggunakan pemproses Snapdragon 835, pilihan 6 atau 8 GB RAM serta pilihan memori dalaman 64 GB dan 128 GB. Peranti super premium ini juga hadir dengan slot tambahan microSD.

Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S8 Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S8
Ukuran Samsung Galaxy S8 Dan S8 Plus Yang Tertiris. Sumber : GSMArena

Untuk kamera, Samsung akan bawakan kamera 12 Megapixel kamera utama serta 8 Megapixel kamera selfie. Bagi model S8 Plus berkemungkinan besar Samsung akan padankan dengan Dual Kamera 12 MP. Antara fungsi-fungsi yang terdapat pada kameranya termasuk OIS, PDAF, Dual LED Flash, HDR, Perakam Video 4K dan sebaginya.

Untuk kedua-dua model premium ini sudah tentunya akan hadir dengan fungsi Iris Scanner untuk tujuan keselamatan. Pengimbas cap jari juga bakal hadir untuk peranti ini. Malah, Samsung Galaxy S8 dijangka hadir dengan fungsi baru yang di panggil Samsung Desktop Experience dimana ia boleh jadikan smartphone sebagai sebuah komputer apabila disambungkan ke Monitor atau TV. Ianya seperti fungsi Continuum yang terdapat pada Smartphone Lumia 950 dan Lumia 950 XL.

Untuk tarikh pelancarannya, Samsung sebelum ini dijangka akan melancarkan pada acara MWC 2017 pada bulan hadapan. Namun disebabkan masalah pada Note 7, Samsung dikatakan terpaksa menunda ke bulan April. Tarikh rasminya masih lagi belum diketahui.

The post Gambar Dan Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S8 Dan Galaxy S8 Plus appeared first on Mesra Mobile.



Penyumbang : Mesra Mobile http://ift.tt/2jiGNcb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.