Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Memfailkan Paten Untuk Tablet Yang Boleh-Dilipat Menjadi Telefon Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Memfailkan Paten Untuk Tablet Yang Boleh-Dilipat Menjadi Telefon Pintar

Sejumlah syarikat teknologi telah memfailkan paten untuk peranti boleh dilipat yang boleh berubah menjadi telefon pintar kepada sebuah tablet. Terkini, pihak Microsoft turut tidak ketinggalan, dan dilihat telah memfailkan paten untuk peranti yang lebih kurang sama.

Daripada apa yang difailkan oleh Microsoft, ia dilihat mereka menggunakan sebuah engsel berbentuk fleksibel yang mengubah paparan daripada telefon kepada tablet.

Microsoft Tablet Telefon

Dengan penggunaan rekaan universal daripada Microsoft, ia sangat mudah untuk mereka merealisasikannya dari segi perisian untuk sebuah peranti seumpamanya. Apatah lagi dengan pihak Microsoft yang sedia memfokuskan kepada penawaran Continuum – mengubah telefon menjadi sebuah komputer.

Seperti biasa, syarikat teknologi sering memfailkan paten, tetapi ia tidak direalisasikan sebagai sebuah produk akhir. Bagi anda sendiri, adakah anda meminati peranti seumpama ini, atau lebih gemar membeli peranti dalam bentuk berasingan?






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jrxMA0

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.