Hi! Welcome Back and Stay Tune! Andy Rubin, “Bapa Android” Akan Melancarkan Peranti Tanpa Bezel Dengan Fokus Kecerdasan Buatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Andy Rubin, “Bapa Android” Akan Melancarkan Peranti Tanpa Bezel Dengan Fokus Kecerdasan Buatan

Andy Rubin telah meninggalkan Google sekitar dua tahun lepas, dan kini sedang dalam persiapan untuk menyertai industri telefon pintar yang beliau telah bantu bangunkannya.

Rubin, pengasas kepada sistem operasi Android, sedang merancang untuk mengintegrasikan kepakaran beliau dalam perisian bersama-sama dengan kecerdasan buatan dalam sebuah perniagaan yang berisiko tinggi, iaitu perkakasan yang ditujukan untuk pengguna. Beliau bersama-sama sekitar 40 orang dalam pasukan yang meliputi bekas pekerja Apple dan Google, sedang dalam perancangan untuk mengumumkan sebuah syarikat baru dinamakan Essential. Andy Rubin akan bertugas sebagai CEO dalam syarikat berkenaan.

Andy Rubin

Essential sedang membangunkan sejumlah produk untuk pengguna, termasuk untuk pasaran mudah-alih dan juga rumah pintar.

Menjadi pusat operasi untuk sistem berkenaan kelak adalah sebuah telefon pintar berkuasa tinggi, dengan rekaan skrin dari bucu-ke-bucu yang membawakan rekaan bingkai sangat nipis. Ia diperkatakan Andy Rubin telah berbincang dengan beberapa eksekutif syarikat telekomunikasi pada acara CES 2017 yang diadakan minggu lepas.

Andy Rubin dilihat telah sedia mendaftarkan syarikat Essential Products Inc pada November 2015 yang lepas. Pada penghujung 2016 yang lepas, ia dilihat syarikat berkenaan turut telah mendaftarkan tanda dagang “Essential” yang mengaitkan ia dalam sejumlah kategori, termasuk telefon pintar, tablet, aksesori, dan juga “sistem operasi komputer untuk telefon mudah-alih”. Ia masih menjadi tanda tanya sama ada peranti ini akan menjalankan sistem operasi berasaskan Android atau sebaliknya.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat prototaip. Telefon pintar terbaru daripada Andy Rubin ini dijangka disasarkan untuk pasaran peranti berkuasa, dimana produk Apple iPhone dan Google Pixel bersaing. Ia dijangka menyertakan sejumlah komponen dan bahan berkuasa-tinggi dalam membolehkan ia menambah sejumlah fungsi baru dari masa ke semasa.

Sebelum ini, Andy Rubin telah menjual Android kepada Google pada 2005. Selepas itu, beliau mengetuai projek berkenaan di Google, dimana mengubah sistem operasi baru berkenaan kepada sebuah sistem operasi yang digunakan secara meluas pada peranti mudah-alih hari ini. Pada 2013, beliau berhenti daripada mengetuai Android, dan mengasaskan sebuah unit robotik di Google – dan seterusnya meninggalkan syarikat gergasi berkenaan pada 2014. Selepas meninggalkan Google, beliau telah membuat inkubator dalam membantu syarikat hadir dengan produk-produk memfokuskan kecerdasan buatan, roboti dan juga AR.

Rubin yakin dengan arena kecerdasan buatan bakal menjadi salah satu fokus utama dalam industri teknologi.

Buat masa ini, ia dikatakan Foxconn mungkin akan mengeluarkan telefon pintar daripada syarikat mereka ini. Daripada prototaip yang sedang diuji, ia dikatakan membawakan skrin yang lebih besar daripada iPhone 7 Plus, tetapi saiz peranti yang kompak disebabkan ketiadaan bezel. Ia turut dikatakan boleh mengesan tekanan pada kadar yang berbeza – seperti pada skrin iPhone, melalui 3D Touch. Pasukan Essential ini turut dikatakan sedang menguji rekaan berasaskan bingkai logam dan juga kerangka belakang berasaskan seramik.

Disamping itu, mereka turut sedang menguji sambungan khusus yang boleh mengecas peranti, disamping membolehkan pengguna menambah ciri-ciri tambahan melalui aksesori – lebih kurang berbentuk modular. Andy Rubin dijangka memasarkan ia sekitar pertengahan tahun ini pada harga yang lebih kurang sama seperti iPhone 7.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jhsnLY

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.