YouTube Memperkenalkan Super Chat – Membolehkan Penonton Membuat Sumbangan Ketika Siaran Langsung
YouTube merupakan salah satu platform yang diminati ramai penerbit video kerana ia menawarkan pendapatan untuk mereka. Terkini, dalam usaha untuk penerbit kandungan terus menjana pendapatan, pihak YouTube hadir dengan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai Super Chat.
Bagi anda yang sering menonton video siaran langsung melalui YouTube, mungkin anda sedia maklum akan mengenai fungsi sembang masa-nyata melaluinya. Melalui Super Chat ini, ia membolehkan peminat atau pengikut sesuatu saluran untuk membuat sumbangan kepada penerbit kandungan dan pada masa yang sama membuatkan mesej mereka terpapar dalam bentuk yang lebih mudah mendapat perhatian ramai.
Seperti biasa, mereka yang ingin membuat sumbangan berkenaan akan perlu mempunyai kad kredit, dan perlu melakukan transaksi melalui laman Youtube. Disebabkan ini, YouTube mengehadkan fungsi Super Chat ini untuk mereka yang berumur atas 18 tahun – tetapi tidak mustahil untuk mereka yang berumur dibawah 18 tahun menggunakan kad kredit ibu bapa mereka.
Super Chat ini akan dilancarkan pada peringkat global bermula 31 Januari 2017 ini – namun daripada laman bantuan yang disediakan Google, ia dilihat akan terhad untuk beberapa negara sahaja. Malangnya, nama Malaysia tiada dalam senarai buat masa ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jPrN8L
Post a Comment