Biodata Ustaz Ebit Lew
Biodata Ustaz Ebit Lew | Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku. Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.
Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.
Biodata Ustaz Ebit Lew
Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Umur: 33 Tahun (2017)
Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
Bangsa : Cina
Agama: Islam
Status : Berkahwin
Pendidikan :
- SK Bukit Ridan (1991-1996)
- SMK Muadzam Shah (1997-1999)
- SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
- SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas
Pencapaian :
- Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
- Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
- Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
- Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
-
- Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.
- Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.
Antara tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian;
“Dua kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita.
Sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat.
Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah duhulu..”“Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh memberi bahagia selain dari Allah SWT”
Maklumat lanjut mengenai aktiviti Ustaz Ebit Lew boleh didapati melalui website:
#KeluargaSunnah
Tags: #biodata ustaz ebit lew #ustaz ebit lew
Sumber : Siakapkeli
http://ift.tt/2jzZ585
Post a Comment