Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Moto Z Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 7.0 Nougat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Moto Z Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 7.0 Nougat

Permulaan tahun 2017 ini memperlihatkan sejumlah peranti Android mula menerima kemaskini Android 7.0 Nougat. Selepas Sony dan Samsung, kini Lenovo telah mula menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat untuk para pengguna Moto Z di Malaysia.

Seperti biasa, Lenovo mengekalkan antaramuka yang menyerupai antaramuka asal Android tanpa penambahan drastik seumpama pelbagai pengeluar peranti lain. Melalui kemaskini Nougat, Moto Z kini menyertakan sokongan Multi-Window, fungsi DayDream untuk realiti-maya, nafas baru pada talam notifikasi, dan pelbagai ciri-ciri baru yang lain.

Moto Z Daydream

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Moto Z, anda sudah boleh menyemak peranti anda untuk memulakan muat-turun kemaskini Android 7.0 Nougat ini. Seperti biasa, kemaskini ini akan bersaiz besar, dan pengguna dinasihatkan berhubung ke rangkaian WiFi supaya tidak menjejaskan penggunaan data bulanan dan bil telekomunikasi talian mudah-alih anda.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jUYLlq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.