Chrome Dan Firefox Kini Memberi Amaran Ketika Menghantar Data Melalui Sambungan HTTP
Pelbagai syarikat web telah mula beralih ke sambungan berasaskan HTTPS sejak daripada setahun dua yang lepas dalam memberikan sambungan yang lebih selamat, selain beberapa ciri-ciri tambahan yang lain. Kini, dalam membuatkan ia dilaksanakan oleh lebih ramai pengguna, Google dan Mozilla telah mula mengimplementasikan pelabelan khusus pada pelayar web Chrome dan Firefox terkini.
Melalui Firefox 51 dan Chrome 56, kini sekiranya pengguna melayari laman web yang menerima penghantaran data melaluinya, maka label “Tidak Selamat” akan diperlihatkan bersebelahan dengan bar URL pada pelayar web. Label ini terutamanya digunakan pada laman yang meminta kata laluan atau nombor kad kredit – tetapi tidak menggunakan sambungan HTTPS.
Selain itu, sekiranya sesuatu laman web menggunakan sambungan HTTPS, pada Chrome ia menggunakan label “Secure”, sekaligus memberikan lebih ketenangan kepada pengguna dan tidak perlu begitu risau akan mengenai data yang dihantar melalui laman berkenaan.
Seperti biasa, ia hanya lebih kepada sambungan untuk penghantaran data sahaja. Storan data sendiri adalah perkara berbeza, dan bergantung kepada sesuatu web berkenaan untuk mengatasi laman web dan data pengguna daripada digodam.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jUroPK
Post a Comment