Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permainan Berasaskan Apocalypse Now Diumumkan Oleh Francis Ford Copolla - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permainan Berasaskan Apocalypse Now Diumumkan Oleh Francis Ford Copolla

Di kalangan peminat filem perang, Apocalyse Now ialah filem mahakarya yang diarahkan oleh Francis Ford Copolla. Filem berlatarbelakangkan Perang Vietnam ini sentiasa di dalam senarai lima filem perang terbaik dengan dialog yang kerap kali digunakan dalam perbualan. “Saya sukakan bau napalm di waktu pagi” dan “Charlie tidak meluncur” adalah dialog pilihan. Filem legenda ini akan dibangunkan menjadi sebuah permainan baru di bawah kelolaan Copolla.

Permainan ini akan membolehkan pemain mengawal watak Captain Benjamin Willard untuk memburu Colonel Kurtz jauh di dalam belantara. Menurut Copolla permainan Apocalypse Now akan menggabungkan elemen sinematik dan RPG. Ia tidak akan mengikuti jalan cerita filem sepenuhnya kerana membenarkan pemain melakukan pilihan berbeza dari Captain Willard.

Apocalype Now akan diterbitkan oleh Montgomery Markland yang menghasilkan Wasteland 2 dan Torment. Rob Auten ditugaskan sebagai penulis dan bertanggungjawab ke atas  Gears of War, Battlefield dan Far Cry. Dana untuk menghasilkan permainan ini akan dikumpul menggunakan Kickstarter dan mensasarkan jualan menjelang 2020. Tiada maklumat mengenai platform yang akan disokong buat masa ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kvzmBK

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.