Hi! Welcome Back and Stay Tune! Boeing Memperlihatkan Pakaian Angkasawan Generasi Terbaru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Boeing Memperlihatkan Pakaian Angkasawan Generasi Terbaru

Tanggal 12 April 1961 ialah tarikh bersejarah bagi tamadun manusia. Yuri Alekseyevich Gagarin menjadi manusia pertama berjaya ke angkasa lepas menggunakan kapal angkasa Vostok 3KA. Kejayaan beliau sepatutnya menjadi pemangkin kepada manusia mengembara ke angkasa lepas. Tetapi malang sekali kali program pengembaraan jarak jauh terakhir yang dilakukan oleh manusia berlaku pada 7 Disember 1972.  Empat puluh lima tahun telah berlalu dari misi besar yang sedang dirancangkan ialah perjalanan ke Marikh.

Untuk misi baru yang mencabar ini, pakaian angkasawan baru perlu dihasilkan. Rekaan pakaian sekarang ketinggalan zaman dan tidak banyak berubah dari rekaan dekad 80an. Boeing ialah antara syarikat yang membangunkan program angkasa lepas mereka dengan kapal angkasa CST-100 Starliner. Kapal angkasa ini masih dalam proses ujian dan bakal digunakan untuk menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Pakaian angkasawan baru ini  hanya sebesar 5.4 Kilogram. Jauh lebih ringan berbanding pakaian lama seberat 13 Kilogram. Ia juga lebih sejuk dan memudahkan pergerakan pemakai. Berbeza dengan pakaian lama, pakaian angkasawan baru ini mempunyai “topi lembut” dengan kedok (visor) yang lebih besar bagi memberikan sudut pemandangan lebih besar. Sarung tangan yang dipakai pula boleh digunakan untuk skrin sesentuh. Rekaan yang menarik tetapi masih kurang bergaya dari pakaian angkasa lepas fiksyen seperti yang dipakai oleh Commander Shepard.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2j6QNbP

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.