Duit Tak Cukup Untuk Kahwin Dan Kos Perubatan Ibu. Pengumuman Bos Kepada Semua Pekerjanya Buat Semua MENANGIS !!!
Duit Tak Cukup Untuk Kahwin Dan Kos Perubatan Ibu. Pengumuman Bos Kepada Semua Pekerjanya Buat Semua MENANGIS !!! | Marcel Graham bekerja dua shif tujuh hari seminggu tetapi dia masih belum dapat mengumpul wang yang cukup untuk menanggung bil perubatan ibunya serta kos perbelanjaan majlis perkahwinan yang dirancangnya.
Keadaan ibunya yang tenat membuatkan Marcel terkejar-kejar untuk mengadakan majlis perkahwinannya secepat mungkin kerana dia mahu ibunya turut hadir pada keraian itu.
Bantuan datang dari arah yang tidak disangka-sangka apabila CEO syarikat tempat dia bekerja, Chieh Huang, memutuskan untuk membantu Marcel membayar kos majlis perkahwinannya.
Bermula dengan Graham, syarikat Boxed, sebuah syarikat e-dagang yang menawarkan barangan runcit dan produk isi rumah, memulakan polisi barunya di mana syarikat tersebut akan membayar kos majlis perkahwinan pekerja-pekerjanya yang bekerja sepenuh masa.
Menurut majalah Inc. apabila Huang mendapat tahu tentang masalah yang dihadapi Graham, dia membuat keputusan untuk membantunya.
“Saya akan melakukan perkara yang betul dan menukar hidup lelaki ini,” jelas Huang kepada majalah Inc. “Kami bawa tunangya ke sini dan menyampaikan berita yang memeranjatkan ini kepada mereka. Inilah perkara yang sangat saya gemari, berbuat baik.”
Huang akan menanggung kos perkahwinan Graham dan syarikatnya akan menyediakan pelan pembayaran semula kepada mana-mana kakitangannya yang menanggung kos perbelanjaan majlis perkahwinan sehingga $20 000 (RM 88,600).
Menurut Huang lagi, imbuhan yang ditawarkan syarikatnya tidaklah semewah seperti tawaran bonus $25,000 kepada setiap kakitangan. Ianya mempunyai matlamat atau sasarannya sendiri yang spesifik.
“Budaya kerja syarikat adalah sangat penting bagi kami dan sekiranya saya boleh membantu seorang kakitangan yang sedang dilanda masalah, ianya memberikan manfaat kepada budaya kerja syarikat dan keseluruhan syarikat itu sendiri,” tambah Huang.
Saksikan pengumuman istimewa CEO syarikat Boxed ini di sini.
P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!
The post Duit Tak Cukup Untuk Kahwin Dan Kos Perubatan Ibu. Pengumuman Bos Kepada Semua Pekerjanya Buat Semua MENANGIS !!! appeared first on SEMASA VIRAL.
from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2kzOdIg
Post a Comment