Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kopi Daripada Hasil Tinja Gajah Ini Kini Adalah Yang Termahal Di Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kopi Daripada Hasil Tinja Gajah Ini Kini Adalah Yang Termahal Di Dunia

Kalau anda rasa kopi luwak sudah mahal, tunggu untuk cuba kopi terbaru yang kini jadi kegilaan penggemar kopi di Thailand. Kalau kopi luwak diambil dari sisa tinja musang, kopi hasil idea Blake Dinkin ini pula dihasilkan dari sisa tinja gajah.

Black Ivory Coffee ciptaan Blake ini sudah beroperasi sejak tahun 2012 dan sebelum ini, Blake sudah mahir dengan kopi luwak yang diusahakan oleh beliau di Ethiopia pada tahun 2002 tetapi beliau lebih tertarik untuk menggunakan gajah selepas eksperimen beliau memberi makan kopi kepada gajah berjaya di sebuah zoo di Canada.

Penggembala gajah di Ban Ta Klang Elephant Village, Thailand merupakan penggembala gajah professional kerana komuniti di kampung ini sudah beratus tahun hidup bersama gajah. Gajah-gajah ini digunakan untuk membawa pelancong berjalan di kampung itu dan kini menjadikan pula sisa tinja gajah sebagai pendapatan yang baharu.

Biji kopi bukanlah makanan ruji gajah. Blake membuat satu air minuman khas hasil campuran buah-buahan yang akan dimakan oleh gajah melalui belalainya. Enzim di dalam perut gajah membantu untuk hilangkan rasa pahit kopi dan kopi berkenaan akan mempunyai rasa yang tersendiri apabila ianya diproses untuk diminum kelak. Ianya selamat untuk diminum kerana pekerja akan membersihkan setiap biji kopi dengan teliti.

Biji kopi diasingkan dari tinja gajah (Photo: Taylor Weidman/Bloomberg)

Proses pembersihan biji kopi (Photo: Taylor Weidman/Bloomberg)

Biji kopi kemudiannya akan diasingkan dari tinja gajah dan dibasuh sehingga bersih sebelum ianya dijemur dan dibiarkan kering. Blake berkata caffeine di dalam kopi tidak akan membahayakan gajah kerana cengkerang biji kopi akan melindungi caffeine daripada keluar dan caffeine cuma akan keluar apabila ianya dipanaskan.

Walaupun gajah-gajah ini dirantai oleh penggembala mereka, Blake memberi jaminan setiap gajah di perkampungan ini dijaga dengan rapi oleh tuan mereka. Gajah-gajah ini juga mendapat perlindungan dari Golden Triangle Asian Elephant Foundation supaya penggembala menjaga mereka dengan baik dan tidak memberi tekanan kepada gajah-gajah yang terlibat dengan bisnes kopi ini.

Berapakah harga kopi Black Ivory ini? Harganya memang sangat mahal. Ianya dijual pada harga USD198 (lebih kurang RM877) untuk sepaket kopi seberat 35gram! Rasanya untuk secawan kopi anda perlu bayar lebih kurang RM150 bergantung kepada berapa pekat kopi yang anda mahu. Kalau untuk sekilo? Anda perlu membayar USD1,886 (lebih kurang RM8,340).

Blake Dinkin sedang menyediakan kopi premium Black Ivory kepada pelanggan (Photo: Taylor Weidman/Bloomberg)

Blake merancang untuk menghasilkan sehingga 150kg kopi ini sepanjang tahun 2017. Blake mendapat jemputan untuk mengembangkan bisnes kopi ini di Afrika dan negara Asean yang lain tetapi beliau mahu tumpukan perhatian di Thailand dahulu dan megembangkan bisnesnya secara perlahan-lahan.

Blake kini sedang cuba untuk membawa kopi ini ke pasaran Eropah dan restoran dengan pengiktirafan Michelin. Dengan pasaran kopi premium yang semakin mengembang di Eropah, Black Ivory Coffee ini tidak akan mempunyai masalah untuk menembusi pasaran di sana. Anda penggemar kopi di luar sana? Sanggup anda belanjakan ratusan ringgit untuk mencuba secawan kopi Black Ivory ini?

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.