'Kami Masih Bahagia' – Hanez Suraya
Isnin lalu, pelakon, Hanez Suraya dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Romie, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, namun tuan empunya badan enggan mengulas lanjut mengenai laporan itu.
Khamis lalu, Hanez tampil memberi penjelasan melalui akaun Instagram yang menyatakan dia dan suami masih bahagia bersama dan meminta semua mendoakan yang terbaik.
"Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya saya mengambil langkah untuk berdiam. Berdiam bukan bermaksud saya mengiyakan atau menafikan, cuma mengambil masa untuk mencari ruang untuk tenang.
"Tiada apa yang saya ingin jelaskan di atas apa yang terjadi. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Cuma apa yang penting antara saya dan suami saya, kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.
"Alhamdulillah rumah tangga kami masih kekal. Apa yang terjadi, biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada tokok tambah dari pihak-pihak tertentu. Syukur Alhamdulillah suami saya sentiasa tenang di atas apa yang berlaku ini," katanya.
A video posted by Mummy to Putri Aleesya (@hanezsuraya) on Jan 28, 2017 at 8:00am PST
9 jam yang lalu, Hanez Suraya baru saja menyambut harijadi suaminya secara sederhana. Ramai pengikut Instagram Hanez mendoakan agar mereka akan kekal bahagia dan tabah menghadapi dugaan rumah tangga. - The Reporter
Artikel berkaitan:
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment