Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terlanggar Bahu, Lelaki Maut Ditikam Di Dada - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terlanggar Bahu, Lelaki Maut Ditikam Di Dada

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas ditikam dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan (Cube Club) di Publika Solaris, Mont Kiara, awal pagi semalam, lapor Harian Metro. 
Mangsa, Muhammad Jeffri Abu Bakar, 22, dibawa ke Flat Sri Selangor selepas kejadian jam 4 pagi sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia jam 9 pagi semalam. 
Harian Metro yang memetik sumber polis berkata, mangsa pergi ke kelab malam berkenaan bersama tiga rakannya pada jam 2 pagi sebelum berlaku perselisihan faham dengan sekumpulan lelaki. 
"Mangsa diserang kira-kira 20 lelaki dan ditikam dengan pisau di dada kanan. Rakan mangsa yang turut cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), tetapi melarikan diri tanpa menerima rawatan," katanya. 
Mangsa diberikan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia | Foto - Harian Metro
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, mengesahkan kejadian itu
Menurut laporan polis yang dibuat oleh kakak pengadu, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh bapanya jam 4.30 pagi. Beliau sempat bertanya pada adiknya apa yang berlaku dan hanya dimaklumkan terlibat dalam pergaduhan di pusat hiburan. 
Berdasarkan fakta kes yang tersebar di media sosial, siasatan awal mendapati, mangsa yang mempunyai 7 rekod jenayah lampau dan pernah ditahan 19 kali, telah pergi ke kelab malam berkenaan bersama tiga lagi rakannya, Indran, Ah Chai dan Rubben. 
Ketika sedang berhibur, mangsa telah terlanggar bahu seorang lelaki di meja sebelah menyebabkan pergaduhan tercetus menyebabkan keempat-empat mereka dipukul oleh 20 lelaki. Mangsa ditikam dengan pisau di bahagian dada kanan, manakala Ah Chai turut mengalami luka di sebelah kanan kepala dan ditikam di dada kanan. 
"Ah Chai telah dibawa ke HUKM Cheras oleh rakannya bernama Aroo. Namun telah melarikan diri dari hospital tanpa menerima rawatan.
"Indran telah ditahan semasa di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut," kata fakta kes tersebut. - The Reporter





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.