Hi! Welcome Back and Stay Tune! Foxconn Merancang Untuk Mengautomasikan Pengeluaran Hampir Sepenuhnya Menggunakan Robot - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Foxconn Merancang Untuk Mengautomasikan Pengeluaran Hampir Sepenuhnya Menggunakan Robot

Foxconn merupakan salah satu pengeluar peranti terbesar di dunia, dan popular disebabkan mereka juga adalah pengeluar untuk Apple. Terkini, laporan baru hadir daripada DigiTimes, memetik pengurus Foxcoon, mengatakan syarikat berkenaan kini dalam tiga fasa untuk mengautomasikan pengeluaran sepenuhnya.

Tiga fasa berkenaan terbahagi kepada pengeluaran produk yang sukar dan membahayakan, selain tugasan berulang menggunakan robot; menambah kadar keefisyenan pengeluaran menggunakan robot, dan akhir sekali merancang untuk mengautomasikan kilan Foxconn sepenuhnya dengan tenaga kerja manusia yang sangat minima.

Untuk tujuan berkenaan, syarikat berkenaan menggunakan robot yang dihasilkan sendiri – dipanggil sebagai Foxbot. Buat masa ini, Foxconn boleh mengeluarkan sekitar 10,000 Foxbot setiap tahun untuk digunakan sebagai pengganti pekerja manusia di kilang berkenaan.

Penggantian ini semestinya akan mengurangkan tenaga kerja manusia di kilang berkenaan, tetapi pada masa yang sama mungkin akan mengurangkan kos pengeluaran dan juga kualiti pengeluaran mungkin lebih mudah untuk dikawal.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iQxfUh

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.