Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sokongan Untuk Windows Vista Akan Ditamatkan Dalam Tempoh 4 Bulan Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sokongan Untuk Windows Vista Akan Ditamatkan Dalam Tempoh 4 Bulan Lagi

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows Vista, mungkin sudah tiba masanya untuk anda naik-taraf sistem operasi anda. Seperti semua sedia maklum, setiap sistem operasi mempunyai had sokongan rasminya, dan untuk Windows Vista ia bakal berakhir pada 11 April 2017 kelak.

Selepas tarikh berkenaan, Microsoft tidak lagi akan menawarkan sokongan rasmi untuk kemaskini sekuriti bagi sistem operasi berkenaan, dan pengguna diminta untuk beralih ke sistem operasi baru.

Windows Vista

Selain daripada sokongan rasmi daripada Microsoft, beberapa penyedia perisian turut akan menamatkan sokongan untuk sistem operasi berkenaan – termasuk antaranya adalah beberapa pelayar web popular seperti Firefox.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows Vista, anda boleh menaik-taraf sistem operasi anda kepada Windows 10 – atau mungkin juga kepada Windows 7 yang disokong sehingga tahun 2020 kelak.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iT5oTn

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.