iPhone Mungkin Dilengkapi Tombol Kawalan Berputar Seakan Apple Watch Di Masa Hadapan
Tombol kawalan berputar “Digital Crown” kali pertama muncul pada jam tangan pintar Apple Watch. Dengan butang kawalan ini, ia memudahkan navigasi elemen antaramuka yang digunakan oleh WatchOS. Apple mungkin akan memperkenalkan sistem ini pada iPhone, iPad dan iPod pada masa hadapan. Ini adalah kerana mereka memfailkan dua paten baru penggunaannya pada peranti iOS.
Paten pertama muncul Julai tahun lalu dan paten terkini memperincikan lagi rekaan serta bagaimana ia boleh digunakan untuk melakukan navigasi. Butang berputar ini turut akan menyokong timbal balas haptik ketika digunakan. Ini membuka ruang untuk butang kawalan suara digantikan hanya dengan satu butang pada sisi iPhone yang turut berfungsi sebagai butang kuasa. Apakah pendapat anda mengenai inovasi ini?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iRgmJ0
Post a Comment