Sambutan Festival Cap Go Meh Dan Maknanya Kepada Masyarakat Cina
Sambutan Tahun Baru Cina bermula selama 15 hari pada bulan pertama kalendar masyarakat Cina, dengan setiap hari membawa makna berbeza dan disambut dengan cara tertentu.
Sebagai tanda berakhirnya perayaan 15 hari itu, ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk makan malam, membunyikan mercun dan bermain mahjung selain upacara sembahan dilakukan dalam kadar yang lebih besar.
Hari yang meriah itu biasanya dikenali sebagai festival tanglung atau dalam dialek Hokkien disebut, Chap Goh Meh yang jika diterjemahkan bermakna 'malam ke-15 Tahun Baru Cina'.
Hari Mencari Jodoh
Asal-usul sambutan Cap Go Meh bermula pada zaman dahulu, dimana hari Chap Goh Meh adalah satu-satunya hari di mana anak gadis yang mencapai usia perkahwinan dibenarkan berjalan-jalan keluar dari rumah dengan dandanan dan pakaian paling cantik.
Oleh itu, pada hari yang sama, lelaki bujang yang mahu mencari pasangan hidup juga akan keluar berkumpul untuk mengerling gadis-gadis berkenaan dengan harapan dapat memilih dan meminang gadis yang diminati.
Menurut lagenda, dewa dari langit akan turun pada hari berkenaan untuk mengikat kaki pasangan lelaki dan gadis yang berjodoh dengan benang merah di kaki agar mereka akan sentiasa bersama hingga akhir hayat mereka.
Memandangkan hajat pada malam Chap Goh Meh dianggap lebih makbul, gadis-gadis yang telah berdandan akan menuju ke tokong-tokong pinggir laut bagi melontarkan limau mandarin dan membuat hajat bagi mendapat suami yang baik.
Pada waktu itu, gadis-gadis itu juga akan ditemukan dengan telangkai (orang tengah), yang kemudiannya membantu mencari dan mengaturkan perkahwinan dengan lelaki dari keluarga bersesuaian.
Cara Moden
Bagaimanapun, kini tiada lagi adat resam perkahwinan yang diatur telangkai, malah anak gadis boleh dilihat di merata tempat tidak kira siang atau malam.
Namun demikian, tradisi melontar limau kini dianjurkan dalam bentuk acara tahunan yang menyeronokkan bagi golongan bujang lelaki dan perempuan, serta mampu menarik pelancong asing.
Ribuan wanita akan menulis nama dan nombor telefon masing-masing untuk dilontarkan ke dalam tasik yang kemudian akan dikutip secara rawak oleh pengunjung lelaki.
Beberapa tahun kebelakangan ini juga, ianya menjadi lebih meriah apabila mereka memulakan tradisi pengunjung lelaki pula menulis dan melontar pisang untuk dikutip oleh kaum perempuan.
Bezanya jika pada zaman dahulu, anak gadis akan menunggu dengan sabar dan penuh harapan agar limau yang hanyut selepas dilontar ke sungai atau laut akan dikutip orang supaya hajatnya termakbul.
Antara lokasi-lokasi yang terkenal dengan aktiviti melontar limau di Malaysia ialah Tanjung Harapan (Klang), Tasik Permaisuri di Cheras (Kuala Lumpur), Taman Jaya di Petaling Jaya (Kuala Lumpur), Sungai Melaka (Melaka) dan Gurney Drive (Penang).
Nama dan nombor telefon di atas limau biasanya ditulis dengan pen yang kalis air supaya tulisan tidak akan hilang terkena air dan para peserta akan cuba menulis dan melukis limau masing-masing dengan kreatif supaya dapat lebih mudah menarik perhatian orang lain.
Kemudian, peserta yang mengutip limau atau pisang, boleh terus menghubungi dan bertemu individu bujang yang bernasib baik serta menghayati bulan penuh pertama tahun baru bersama.
BACA INI JUGA: Asal Usul Dan Adat Pemberian Ang Pau
Sumber: mstar

Contributer : SentiasaPanas http://ift.tt/2jNrqsj
Post a Comment