Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syarikat Telekomunikasi Di Amerika Membeli 33% Pegangan Perkhidmatan Penstriman Muzik, Tidal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syarikat Telekomunikasi Di Amerika Membeli 33% Pegangan Perkhidmatan Penstriman Muzik, Tidal

Syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat, iaitu Sprint hari ini telah mengumumkan pembelian sebanyak 33% pegangan dalam perkhidmatan penstriman muzik Tidal. Dengannya, CEO Sprint akan menyertai lembaga pengara Tidal, dan seperti sebelum ini, artis Jay Z akan meneruskan mengetuai menjalankan perniagaan berkenaan.

Harga pelaburan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak, tetapi beberapa sumber mengatakan Sprint membuat pembayaran sebanyak $200 juta untuk pegangan berkenaan.

Tidal merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang menawarkan pelbagai jenis kandungan dan memfokuskan kepada audio berkualiti tinggi. Ia telah dilancarkan di Malaysia sebelum ini, namun popularitinya masih agak kurang jikalau dibandingkan dengan pesaing seperti Spotify dan Apple Music.

Tidal sebelum ini dikatakan telah dalam perbincangan bersama pihak Apple untuk menjual syarikat mereka, selain pernah cuba mendapatkan pelaburan daripada Samsung pada awal 2016 lepas.

Dengan pembelian pegangan oleh Sprint ini, syarikat telekomunikasi berkenaan bakal menawarkan perkhidmatan penstriman muzik berkenaan kepada pelanggan mereka, sekaligus membuatkan masa depan Tidal lebih cerah berbanding dengan sebelum ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jkqgpT

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.