Honor Malaysia Mempertimbangkan Membawa Masuk Honor Magic Sekiranya Perisian Global Dibangunkan
Honor pada tahun lepas telah memperkenalkan peranti “konsep” mereka tersendiri dengan penekanan pada sokongan kecerdasan buatan, dinamakan sebagai Honor Magic. Peranti berkenaan hanya memfokuskan kepada pasaran di China sahaja dan hadir dengan pelbagai integrasi perisian di negara berkenaan.
Berkongsi melalui sebuah sesi ringkas pada hari ini, Honor Malaysia mengatakan mereka mempertimbangkan untuk membawa masuk Honor Magic untuk pasaran tempatan – namun, sokongan perisian masih tidak ditawarkan untuk pengguna global buat masa ini.
Di China, Honor Magic diintegrasikan dengan pelbagai perkhidmatan dan aplikasi di sana – yang mana bukannya Google Play Services. Malah, Huawei sendiri mempunyai kedai aplikasi di sana, memudahkan menarik pembangun untuk mengintegrasikan sokongan ke Honor Magic. Ia menyertakan sejumlah sokongan kecerdasan buatan, termasuk fungsi seolah-olah Google Assistant.
Pihak Honor mengatakan mereka perlu mengubah perisian kecerdasan buatan yang digunakan pada Honor Magic sekiranya ingin memasarkan peranti berkenaan untuk pasaran tempatan – termasuk mengintegrasikan ia dengan pelbagai perkhidmatan milik Google. Ia sesuatu yang tidak mustahil, tetapi mungkin mengambil masa yang lama sebelum hadir ke pasaran tempatan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jUHqeb
Post a Comment