Sebilangan Pemilik Samsung Galaxy S7 Edge Melaporkan Masalah Garisan Ungu Pada Skrin
Misteri letupan yang melanda Samsung Galaxy Note 7 kini telah terjawab. Kecacatan pada rekaan dan pengilangan pada bateri yang digunakan menyebabkan ia menjadi bom jangka yang meletup secara rawak. Bagi mengembalikan keyakinan pengguna, Samsung berikrar untuk meningkatkan tahap ujian peranti sebelum jualan. Masalah baru pula muncul melibatkan pemilik Samsung Galaxy S7 Edge.
Pemilik merungut garisan berwarna ungu muncul secara menegak pada skrin peranti. Tahap keseriusan yang dilaporkan berbeza, Ada yang melaporkan garisan hilang selepas melakukan tetapan semula pada peranti. Ada yang menyarankan bahagian atas skrin ditekan tetapi garisan akan muncul semula secara rawak. Buat masa ini pihak Samsung masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah baru ini, dan masih tiada sebarang masalah yang dialami oleh pengguna tempatan lagi.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kbdNmF
Post a Comment