15 cara pelabur newbie simpan banyak duit untuk beli rumah tahun ini (Siri #1)
Ramai yang nak beli rumah, tapi takde sediakan simpanan yang cukup. Macam mana nak buat?
Mana-mana pelaburan pun, wajib kita sediakan modal. Sikit atau banyak tu, bergantung. Tapi jangan la langsung tak prepare sesen pun.
Bagi korang yang rasa putus harapan sebab tak berjaya kumpul duit sampai ke hari ni, Tok nak minta korang bersabar dan bertabah dulu.
Tok nak korang hadamkan dan buat 15 tip yang Tuan Haziq Syazane kongsikan dekat Facebook beliau.
In Shaa Allah, korang pasti berjaya kumpul duit banyak walaupun gaji tak besar. Yang penting, kena ada disiplin. Setuju?
Tip #1: Matikan hutang jahat sebelum ia makan anda
Pertama sekali, bagi perhatian penuh untuk musnahkan hutang jahat. Kira berapa banyak duit korang dah habiskan untuk bayar segala hutang yang ada.
Kalau ikut logik, korang pasti akan dapat simpan lebih banyak duit kalau hutang jahat tu berjaya settle, betul tak?
Bila korang tak gunakan duit tu untuk bayar hutang, dah tentu korang boleh menyimpan lebih banyak.
Lagi cepat korang langsaikan, lagi tenang hati korang sebab dah tak payah fikir lagi pasal hutang.
Korang hanya perlu fokus untuk menyimpan setiap bulan, dan terus simpan dan simpan je. Bila dah ada simpanan, baru korang boleh mulakan pelaburan.
Dan bila korang sedia tau yang diri tu banyak berhutang, jangan la menggatal tambah lagi koleksi hutang. Elak jadikan hutang sebagai hobi korang ye.
Bukan senang korang nak settle-kan hutang. Tok yakin korang pun tau benda ni.
Tip #2: Macam mana nak menyimpan kalau tak tau berapa banyak nak simpan?
Soalan pertama sekali yang korang kena jawab adalah:
“Berapa banyak yang korang nak simpan?”
Kalau korang tetapkan matlamat untuk bayar duit down payment rumah, tentukan dulu berapa jumlah yang korang perlukan.
Katakan, rumah yang korang nak beli tu harga RM300,000. 10% daripada jumlah ni adalah RM30,000. Bermakna, ini jumlah simpanan yang korang perlu kumpul.
Untuk matlamat jangka panjang seperti persaraan, korang perlu buat perancangan yang lebih rapi.
Korang kena fikirkan berapa banyak duit yang korang perlukan untuk hidup selesa selepas pencen nanti. Dan korang juga wajib fikir apa jenis pelaburan yang akan membantu capai matlamat ini.
Bila dah ada duit lebih, korang boleh laburkan duit tu dan buat lagi banyak duit. Tapi sebelum apa-apa hal, cari dulu ilmu sebelum korang mulakan sebarang tindakan. Bukan apa. Takut tersontot je nanti.
Tip #3: Tetapkan satu jangka masa yang realistik untuk anda capai
Contohnya:
“Saya nak beli sebuah rumah dalam masa 2 tahun, bermula daripada sekarang.”
Bila korang dah tetapkan tarikh tertentu, lebih senang untuk korang kekalkan fokus untuk capai matlamat yang dah ditetapkan.
Dan korang pula kena pastikan dalam jangka masa tu, korang dapat capai simpanan yang cukup dalam masa 2 tahun.
Kalau matlamat tu gagal dicapai, korang mungkin akan rasa kecewa. Ye lah. Dah siap ada plan semua, tapi masih tak dapat capai matlamat yang korang dah tetapkan.
Korang boleh je buat kira-kira berapa banyak kroang boleh simpan setiap bulan dan setiap tahun.
Dari situ korang boleh tengok banyak korang boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.
Tip #4: Berapa banyak yang anda perlu simpan setiap bulan?
Korang perlu fikir dan plan berapa banyak yang boleh disimpan selama seminggu, sebulan, atau setiap kali korang dapat gaji.
Lepas tu, baru boleh kira berapa banyak yang korang perlu simpan setiap hari, minggu, atau bulan untuk mulakan simpanan bermula hari ni.
Ya, fikir tentang simpan duit tu hari ni juga. Tak usah tunggu-tunggu lagi.
Contohnya, korang nak letakkan bayaran muka sebanyak RM20,000 untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (3 tahun).
Bermakna, korang perli cari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 setiap bulan (RM560 X 36 bulan = RM20,160).
Tapi kalau gaji korang sikit (contohnya, gaji kurang RM1,000 setiap bulan), korang pasti dah sedia maklum yang simpanan sebanyak tu tak realistik untuk dicapai.
Boleh je kalau korang sanggup bekerja lebih masa untuk dapatkan pendapatan tambahan. Semua bergantung kepada apa yang korang sanggup buat.
Dan satu lagi. Boleh je kumpul banyak duit kalau korang takde tanggungjawab lain, boleh makan percuma setiap hari, dan tak perlu keluar duit minyak untuk ke tempat kerja.
Korang kena adaptasi matlamat yang nak dicapai dengan hidup korang.
Tip #5: Rekod perbelanjaan anda setiap masa
Dengan kata lain, sentiasa keep track perbelanjaan korang.
Ada 2 perkara penting yang korang wajib tau berkaitan duit korang:
- Berapa banyak pendapatan yang korang boleh dapatkan setiap bulan?
- Berapa banyak korang belanja setiap bulan?
Apa yang korang boleh buat?
Tulis segala perbelanjaan yang berlaku setiap bulan. Buat secara terperinci mungkin, dan pastikan korang masukkan sekecil-kecil pembelian seperti shaver, syampu, atau lain-lain.
Selain tu jugak, buat sekali kategori untuk setiap pembayaran seperti ansuran kereta, insuran, bil telefon dan eletrik, hiburan, dan lain-lain.
Simpan satu nota kecil dengan korang pada setiap masa. Sekarang ni, kerja korang bertambah senang. Korang boleh gunakan aplikasi dalam smartphone je. Baru terjaga alam sekitar kita. Hehe.
Jadikan ini satu tabiat untuk merekod segala jenis perbelanjaan yang korang buat, dan simpan segala resit yang ada.
Ada jugak aplikasi yang korang boleh download di Google Play Store untuk bantu korang rekodkan perbelanjaan yang berlaku. Tak pun, kita boleh rekod dalam buku je (cara tradisional).
Baru kita tau duit kita pergi ke mana. Kat sini, kita boleh kesan balik duit yang keluar secara berlebihan.
Tip #6: Nilai balik matlamat simpanan yang anda tetapkan
Tok nak korang cuba buat ini – tolak perbelanjaan korang daripada pendapatan yang korang dapat. Tolak sekali dengan cukai yang korang kena bayar.
Berapa banyak beza yang korang dapat? Dan adakah nombor ini sepadan dengan matlamat simpanan korang?
Katakan, korang dah putuskan 100% yang korang boleh hidup dengan RM1,500, dan jumlah gaji penuh korang adalah RM2,300.
Ini bermakna, korang ada RM800 untuk disimpan setiap bulan.
Kalau korang tak boleh muatkan objektif simpanan mengikut bajet semasa korang, tengok balik sebab kenapa korang menyimpan dan tolak ke tepi perkara yang kurang penting, atau korang boleh sesuaikan jangka masa simpanan korang tu.
Katakan, korang rancang dalam masa 2 tahun untuk beli kereta baru. Mungkin korang akan tambah setahun lagi untuk beli (jumlah tempoh jadi 3 tahun).
Dan pada waktu tu, kereta yang ada pasti lebih canggih dan cun berbanding sekarang.
Tip #7: Terus-menerus kurangkan perbelanjaan anda
Dah mula merekod perbelanjaan korang? Cuba korang tengok balik rekod perbelanjaan korang tu.
Korang mungkin akan terkejut bila tengok balik rekod perbelanjaan tu. Katakan bulan lepas, korang ada belanja untuk:
- Beli aiskrim Haagen Dazs (RM30),
- Bayar tiket letak kereta (RM10),
- Bayar tiket wayang (RM40).
Dari sini, korang boleh tengok berapa banyak yang korang bazirkan pada bulan lepas. Kat sini jugak, korang akan tau berapa banyak belanja yang patut korang kurangkan.
Bergantung kat berapa banyak yang korang nak kumpul, mungkin korang perlu buat beberapa perubahan atau keputusan yang sukar.
Apa yang penting untuk korang buat?
Tengok balik setiap perbelanjaan yang korang buat, dan mula potong apa yang korang boleh potong.
Kira berapa banyak yang korang boleh jimatkan. Lepas tu, tengok berapa yang korang akan dapat dalam tempoh setahun.
Korang akan jadi lebih bermotivasi untuk menyimpan bila dah tau berapa banyak yang korang boleh jimatkan.
Dan kalau dah tau gaji kecik, rajin-rajinkan diri untuk cari side income seperti meniaga secara online, cari kerja part time pada hari Sabtu dan Ahad, jadi ejen dropship, atau lain-lain yang boleh jana duit halalan toyyiban.
(Nota: Akan bersambung dalam siri terakhir esok. Tunggu ya).
—
Best tak perkongsian hari ni? Tok harap, korang buat apa yang korang hadamkan.
Ilmu takkan meresap betul-betul dalam diri korang kalau setakat baca je, tapi tak buat. Jangan cakap Tok tak pesan awal-awal ya.
Silakan SHARE artikel ni dan panjangkan manfaat ni kepada yang lain. Biar lebih ramai anak-anak muda dekat luar sana dapat belajar.
Apa dokumen yang WAJIB anda sediakan supaya bank tutup sebelah mata, dan kasi permohonan loan rumah segera?
Reputasi korang sebagai peminjam amat penting pada pandangan mata bank.
Dalam eBook ni, Tok kongsikan segala perkara yang patut korang buat supaya loan rumah lulus dengan cemerlang. Ikut satu-persatu, Tok berani confirm 100% lulus!
Klik link bawah ni untuk beli sekarang. Tak perlu korang bertangguh lagi.
>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<<
The post 15 cara pelabur newbie simpan banyak duit untuk beli rumah tahun ini (Siri #1) appeared first on GilaHartanah.com.
Sumber : GilaHartanah.com http://ift.tt/2jk5C99
Post a Comment