Sedang saya khusyuk mengadap laptop ketika lepak di Tango Cafe petang tadi, saya dihampiri oleh seorang pemuda. Di tangannya memegang beg kertas besar berisi kotak tersusun kemas. Dia meletakkan sekeping kad diatas meja saya. Saya membacanya.
Ohhh….pemuda ini menjual kek untuk menampung kos pembelajaran. Tertera kemas diatas kad itu. Saya memandangnya mahu bertanya adakah dia bisu dan dimana dia belajar, tapi tersekat di kerongkong. Saya sekadar tersenyum dan angguk lalu mencapai beg duit. Menghulurkan wang dan menerima sekotak muffin.
Sebelum beredar pemuda tu menyebut, ‘thank you’. Saya tersentak! Eh.. tak bisu ke? Ingin saya tanya tapi melihat dia berlalu ke meja seterusnya sebelum keluar dari cafe.
Saya duduk sendiri tergelak mengenangkan saya ditipu oleh pemuda tadi. Tapi bila difikirkan kembali, tidaklah pula dia memberitahu di kad tersebut dia bisu ke apa. Boleh jadi cara itu memudahkan dia menjual. Cepat sangat saya nak marah kerana rasa tertipu. Astaghfirullahaladzim.
Apa pun, muffin tu baunya sedap.
HASIL TEMUBAL SALAH SEORANG PENJUAL
Menipu Jual Kek Cawan, Lelaki Ini Guna Taktik Menangis Tak Berhenti
Ramai di antara kita yang selalunya akan membeli barangan dari penjual yang datang menjaja dari satu meja ke satu meja. Apatah lagi, jika penjual tersebut mengatakan wang hasil jualan itu akan digunakan untuk membiayai pengajian adiknya. Pastinya, ramai akan bermurah hati untuk menolong, dan apalah sangat dengan membantu membeli kek cawan yang harganya cuma RM10 untuk 5 biji, kan?
Namun, gimik jualan ini didedahkan oleh seorang netizen yang baru-baru ini menyedari terlampau banyak penjual kek cawan berlegar ditepi jalanan mencari mangsa. Menurut seorang netizen yang cuma dikenali sebagai Winnie, dia telah berkongsi pengalamannya di sosial media selepas berdepan dengan situasi ini. Menurutnya, dia berdepan dengan seorang lelaki yang membawa beg penuh dengan kek cawan yang datang kepadanya di dalam sebuah kafe namun dia menolaknya dengan sopan.
Walau bagaimanapun, penjual kek cawan tersebut mula menangis tidak berhenti-henti disebabkan Winnie tidak mahu membelinya. Netizen lain yang membaca kisah ini mengatakan mereka juga berdepan dengan perkara yang sama namun di lokasi yang berbeza. Mereka juga mendakwa ramai penjual kek cawan itu sekarang bergerak aktif dan berleluasa di Johor Bahru.
Ada juga seorang wanita yang mengatakan dia membeli kek cawan tersebut di Kuala Lumpur namun apa yang menimbulkan keraguan adalah dia berdepan gimik yang sama semasa berada di Johor Bahru. Ceritanya serupa iaitu untuk membiayai pengajian adik perempuannya. Kemudian sedar ia adalah sindiket yang sama.
“Sekarang, sindiket itu telah pun menular di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Seremban, Masai dan Permas. Biasanya penjual kek akan membawa sekali kad bertulis, “Excuse me for a while, I’m xxx knocking on your generous heart to please buy my special muffins to support my daily needs. Thank you and more blessings to come.”
Walaupun tahu tentang taktik penipuan tersebut, ada juga netizen yang berpendapat ianya tidak salah kerana mereka berusaha untuk mencari duit. Antara komen netizen :
Jadi, menurut anda pula bagaimana ? Adakah ia beretika untuk sengaja menjaja cerita tidak betul semata-mata untuk membuat jualan kita laku ?
Kredit :
– Sharifah Sharina Syed Aswad
– Ct Khadijah Kamaruzzaman
– explorasa.cari.com.my
The post Pemuda jual muffin ini sindiket kumpul dana untuk pertubuhan gereja di Filipina ? appeared first on MyNewsViral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n3lqO4
✍ Sumber : ☕ MyNewsViral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment