Masya-Allah…beg passport hilang di KLIA, lebih 2 jam berlalu dan ini yang berlaku…
Mat Bangla…Islam akan meninggikan nilai seseorang. Kejujuran akan membawa seseorang ke syurga.
Semalam saya tertinggal beg sandang di surau balai ketibaan KLIA selepas menunaikan solat jamak taqdim zuhur asar. Saya hanya menyedari tertinggal beg setiba di rumah apabila ingin membayar sewa teksi. Jarak masa antara rumah ke KLIA adalah sejam. Allah…
Bertemankan anak lelaki saya, kami terus ke KLIA…dalam hati awalnya cukup resah namun bila kenangkan ujian dan musibah adalah tarbiah, kami berbual santai sepanjang perjalanan.
” Abi, mana biskut Amir yang kakak aeroplane (stewardess) bagi?”
” Dalam beg abi yang tertinggal tu la…Amir doa la supaya orang tak ambil beg tu…nanti Amir dapat biskut.”
Tangan diangkat.
” Ya Allah, jangan la ada orang ambil beg abi, kalau tak dia masuk neraka…”
“Aaamiiin..”
Sesampai di KLIA, anakanda nak ke bilik air, dan takdir Allah, keluar dari bilik air, terserempak dengan cleaner warga Bangla, berkopiah dan sebenarnya kami pernah berbual seusai solat jamak tadi. Lantas saya ceritakan pasal beg dan dia terus menunjukkan riak wajah gembira, katanya dia jaga beg tu.
” Ma sya Allah Subhanallah Allah Akbar..”
Speechless…
Terima kasih ya Allah, Engkau hadirkan insan untuk menjaga barangan pinjaman untuk ku. Beg yang dalamnya ada kesemua passport kami, dompet dengan pelbagai kad bank dan sedikit wang.
Terima kasih kepada Syafiq-ul Islam. Mat Bangla sang cleaner surau dan bilik air.
Terima kasih pada abang teksi KLIA Encik Fauzi (018- 660 5194) yang sangat membantu. Anda boleh gunakan khidmat beliau.
Kredit :
– Saif Azuran
The post Masya-Allah…beg passport hilang di KLIA, lebih 2 jam berlalu dan ini yang berlaku… appeared first on MyNewsViral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2moNVbK✍ Sumber : ☕ MyNewsViral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment