Hidup Ungku Hariz ditanggung oleh isterinya, Jihan Muse?
Ungku Hariz berasa terkilan apabila ada pihak melemparkan fitnah kononnya kehidupan dia ditanggung oleh isterinya yang juga pengacara dan pelawak, Jihan Muse.
Ungku Hariz, 32, bagaimanapun merasakan tidak perlu untuknya mempertahankan diri kerana dia tahu sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik terhadap isterinya itu.
“Saya manusia biasa dan tidak dapat lari daripada berasa terguris apabila mendengar gosip itu.
“Memang saya terkejut apabila ada orang kata hidup saya ditanggung isteri walaupun ia tidak benar.
“Pun begitu baik saya atau Jihan kami lebih tahu dan tidak perlu saya war-warkan apa yang saya sudah lakukan untuk isteri dan rumah tangga kami,
“Faktor Jihan lebih menonjol mungkin menjadi faktor tetapi itu bukan satu masalah kepada saya kerana itu adalah rezeki isteri saya.
“Tetapi Alhamdulillah kami saling memberi semangat kerana sebelum berkahwin pun saya dan Jihan sudah berkawan lama dan tahu permulaan kami di mana,” katanya kepada mStar Online.
Pemilik nama sebenar Ungku Hariz Faizal dan Jihan mendirikan rumah tangga pada 20 Mac tahun lalu.
Tag : Berita Artis , Jihan Muse , Pelakon , Pelawak , Suami Isteri , Ungku Hariz
The post Hidup Ungku Hariz ditanggung oleh isterinya, Jihan Muse? appeared first on Berita Viral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nZu931✍ Sumber : ☕ Berita Viral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment