Hi! Welcome Back and Stay Tune! ARM Hadir Dengan Rekabentuk Cip Baru Memfokuskan Kecerdasan Buatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ARM Hadir Dengan Rekabentuk Cip Baru Memfokuskan Kecerdasan Buatan

ARM, salah satu firma rekabentuk semikonduktor, hari ini telah memperkenalkan sebuah cip baru yang menyasarkan pasaran daripada kereta pemanduan autonomi sehinggalah kepada kecerdasan buatan.

Rekabentuk baru yang dikenali dengan nama DynamicIQ ini adalah kemaskini kepada penawaran Cortex-A daripada ARM. Rekaan berasaskan Cortex-A ini dikatakan meliputi hampir 20% daripada cip berasaskan ARM pada suku ketiga 2016 lepas.

Rekaan baru ini akan secara tidak langsung membantu ARM dalam bersaing dengan cip yang dikhususkan untuk rangkaian neural – terutamanya berkaitan kecerdasan buatan. Pesaing seperti Intel dan IBM telah memperkenalkan cip mereka untuk penggunaan lebih kurang sama baru-baru ini.

Pada masa yang sama, ia akan memberikan ruangan untuk ARM dalam bersaing dengan Intel untuk pasaran pelayan dan pusat data.

Sebelum ini, Softbank telah mengambil-alih ARM – dengan harapan cip berkenaan boleh digunakan pada pelbagai peranti daripada peti sejuk kepada robot yang berhubung ke arena internet. Softbank berharap ARM akan menjadi perekabentuk cip terkemuka pada masa akan datang melalui peranti-peranti berhubung ini.

Rekabentuk ARM baru ini disasarkan untuk penggunaan peranti berhubung pada peringkat tinggi – seperti kenderaan autonomi dan juga robot yang memerlukan mereka menguruskan tugasan kompleks, seperti menjalankan perisian kecerdasan buatan dan pada masa yang sama berkomunikasi dengan pelayan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mPOIP8



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.