Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chef Wan Dilantik Profesor Adjung UUM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chef Wan Dilantik Profesor Adjung UUM

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Chef Wan menerima watikah pelantikan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Feb lalu hingga 31 Januari 2019 daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir, disaksikan Naib Canselor UUM, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak di sini, Ahad.

Mohamed Mustafa berkata pemilihan Chef Wan, 51, dibuat berdasarkan pengalaman, kepakaran serta kesesuaian bidang masakan yang diceburi beliau serta dilihat dapat berkongsi pengalaman dengan pensyarah dan pelajar.

“Pemilihan tersebut adalah langkah meningkatkan kecemerlangan ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan perancangan akademik STHEM,” katanya pada majlis Sambutan Hari Pengasasan ke-33 UUM dan perasmian Restoran Manager’s Coffee di sini.

Chef Wan memiliki ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat.

Di peringkat antarabangsa, beliau telah dinobatkan sebagai ‘Selebriti Chef Terbaik Dunia’ di ‘World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009’ selain menerima gelaran ‘Friends of Thailand Award’ pada 2010 daripada kerajaan Thailand.

The post Chef Wan Dilantik Profesor Adjung UUM appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nZu7rV

✍ Sumber : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.