Hi! Welcome Back and Stay Tune! ANAK, HISBAH SYOK SENDIRI: SHAHRIR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ANAK, HISBAH SYOK SENDIRI: SHAHRIR

PUTRAJAYA – Felda menyifatkan usaha pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) Persatuan Anak Felda Kebangsaan (Anak) dengan kerjasama NGO Hisbah Center For Reform (Hisbah) dalam memerangi gejala rasuah di kawasan Felda adalah sebagai tindakan ‘syok sendiri’.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, Felda terlebih dahulu telah mengambil langkah tersebut dengan mengangkat ikrar anti rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.

“Sebelum ini kita lebih mendahului mereka dalam memperbetulkan secara dalaman dengan memupuk amalan integriti dan juga amalan menolak perbuatan rasuah.

“Jadi, apakah langkah yang mereka lakukan ini akan lebih berkesan,” katanya pada sidang media pengumuman Sambutan Hari Peneroka Felda 2017 Peringkat Kebangsaan, hari ini.

Semalam, Anak dan Hisbah menandatangani memorandum memerangi rasuah di kawasan Felda.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, persefahaman itu dimeterai selaras usaha kesedaran dalam bentuk kempen dan mendedahkan perilaku rasuah di Felda.

Katanya, selain mengangkat ikrar, Felda turut mewujudkan dasar ‘whistleblower’ (pemberi maklumat) dalam memerangai rasuah.

“Apa yang kita mahu tingkatkan adalah nilai integriti di dalam Felda di kalangan petugas dan pengurusannya di pelbagai peringkat.

“Dengan dasar amalan whistleblower, tindakan boleh diambil dan salah laku boleh dicegah lebih awal,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sasaran utama ke dua-dua NGO tersebut yang mahu memberi fokus kepada kawasan Parlimen Pekan, Shahrir berkata, ia adalah semata-mata untuk menarik perhatian media.

“Apa yang dilakukan hanya untuk mendapatkan perhatian media,” ujarnya.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qju67k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.