Hi! Welcome Back and Stay Tune! WANNDY TEMUI AJAL DI RAQQA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WANNDY TEMUI AJAL DI RAQQA

Ketua Polis Negara hari ini mengesahkan ketua militan Daesh bagi Asia Tenggara, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, terbunuh dalam satu serangan Syria.

Menyatakan hal itu sebentar tadi, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Muhammad Wanndy meninggal dunia di Raqqa, sebuah bandar yang terletak kira-kira 160 kilometer ke timur Aleppo.

Katanya, serangan yang meragut nyawa Muhammad Wanndy itu berlaku pada 29 April lalu.

“Selepas meneliti (maklumat) inteligen yang diperolehi, @PDRMsia sahkan bahawa Muhammad Wanndy telah terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29/4/17,” kata Khalid melalui Twitter.

Muhammad Wanndy yang dikatakan berasal dari Durian Tunggal, Melaka, adalah watak utama mempengaruhi dan melatih orang ramai supaya menyertai gerakan bersenjata di Syria.

Turut dikenali dengan gelaran Abu Hamzah, pada 2 Mei lalu polis mengesahkan berlaku serangan udara di lokasi Muhammad Wanndy dan maklumat mengenainya sedang dikumpulkan.

Polis juga ketika itu cuba mendapatkan pengesahan mengenai kematian Muhammad Wanndy yang diumumkan isterinya, Nor Mahmudah Ahmad, 28, di Facebook.

Serangan itu dikatakan dibuat menggunakan dron.

Selain mempengaruhi orang ramai supaya berperang di Syria, Muhammad Wanndy juga dikatakan mendalangi beberapa insiden di negara ini, termasuk serangan bom tangan ke atas sebuah kelab malam di Puchong, Selangor pada Julai tahun lalu.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUQNvF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.