Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dilaporkan Menduduki Tangga Utama Dalam Angka Pengeluaran Peranti Boleh-Pakai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dilaporkan Menduduki Tangga Utama Dalam Angka Pengeluaran Peranti Boleh-Pakai

Strategy Analytics terkini telah mengeluarkan angka untuk peranti boleh-pakai bagi suku pertama tahun 2017. Melalui angka yang dikeluarkan, Apple dilihat menduduki tangga utama pengeluaran tertinggi melalui penawaran Apple Watch mereka.

Menurut laporan penganalisa yang dikeluarkan, Apple Watch dikatakan telah dikeluarkan sekitar 3.5 juta unit pada suku pertama 2017, dan diikuti oleh Xiaomi pada tangga kedua dengan 3.4 juta unit. Walaupun angka tersebut tidak jauh beza, namun jikalau dilihat daripada trend jualan, angka peranti yang dikeluarkan oleh Xiaomi dilihat berkurangan dari tahun 2016 lepas (dari 3.8 juta unit kepada 3.4 juta unit), berbanding dengan Apple Watch yang meningkat (dari 2.2 juta unit kepada 3.5 juta unit).

Pengeluar peranti popular, Fitbit pula menduduki tangga ketiga dengan pengeluaran sekitar 2.9 juta unit untuk tempoh yang sama.

Strategy Analytics

Seperti biasa, angka yang dikeluarkan ini adalah daripada pihak penganalisa Strategy Analytics dan bukannya angka pengeluaran rasmi. Apa pun, secara kasar ia boleh dikatakan Apple telah mula mendahului dalam segmen ini – apatah lagi dengan Fitbit yang sedikit lambat dalam pengeluaran jam tangan pintar mereka.

Bagi anda sendiri, adakah anda menggunakan jam tangan pintar atau sebarang peranti boleh-pakai? Jika ya, apakah jenama yang digunakan anda?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pkt85N

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.