Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mungkin Mengumumkan “Speaker Siri” Seawal Bulan Jun 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mungkin Mengumumkan “Speaker Siri” Seawal Bulan Jun 2017

Desas-desus mengenai pesaing Amazon Echo daripada Apple telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini. Kini, menurut penganalisa popular dari KGI, Ming-Chi Kuo, ia dikatakan Apple mungkin memperkenalkan “Speaker Siri” mereka seawal WWDC yang dijadualkan pada Jun 2017 ini. Menurut penganalisa berkenaan, peratusan Apple mengumumkan produk berkenaan adalah lebih daripada 50%, dan mungkin akan dijual sekitar penghujung tahun.

Daripada apa yang diketahui, “Speaker Siri” ini akan dilengkapi dengan sokongan kualiti audio yang baik, selain disertakan bersama subwoofer. Perkara ini sendiri akan memberikan kelebihan berbanding dengan Amazon Echo, dan memudahkan pengguna mendengar lagu berkualiti daripada Apple Music melaluinya. Disamping itu, dengan integrasi Siri, pengguna boleh bertanyakan pelbagai persoalan padanya dan menerima info dan jawapan dengan pantas.

Sekiranya perkara ini benar, maka ia juga mungkin mengembirakan pengguna tempatan. Ini kerana Amazon Echo dan Google Home masih menyasarkan pasaran barat sahaja buat masa ini. Memandangkan Siri sedia menyokong bahasa Malaysia, mungkin kita boleh berharap sokongan untuknya disertakan secara terbina, dan produk “Speaker Siri” ini dipasarkan di Malaysia selepas ia dilancarkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pohMkr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.