Asus VivoBook S15 Bakal Hadir Dengan Rekaan Bingkai Skrin Nipis
Dell sebelum ini telah hadir dengan komputer riba XPS 13 yang mempopularkan penggunaan bingkai skrin yang sangat nipis – sekaligus membolehkan penawaran komputer riba pada saiz yang lebih kompak lagi. Sejak daripadanya, beberapa pengeluar turut telah mengikut jejak, dan kini Asus dilihat akan melakukannya melalui Asus VivoBook S15.
Asus VivoBook S15 hadir dengan skrin bersaiz 15.6-inci, tetapi dimampatkan pada saiz seumpama komputer riba dengan skrin 14-inci pada hari ini. Ia dijayakan melalui rekaan bingkai tepi yang nipis – menawarkan nisbah skrin kepada badan mencapai 80%. Berbeza dengan Dell yang meletakkan kamera di bahagian bawah, pada komputer riba Asus ini, ia masih kekal pada bahagian atas seperti kebiasaan.
Dari segi spesifikasi, Asus VivoBook S15 ini menawarkan cip pemprosesan sehingga Intel Core i7, dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce GT 940 MX, memori sehingga 16GB RAM, dan ruangan storan sehingga 2TB HDD + 512GB SSD.
Komputer riba ini turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari melalui Windows Hello, selain pengecasan pantas sehingga 60% bateri dalam tempoh kurang 50 minit.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Asus akan melancarkannya. Mereka secara tidak sengaja telah menerbitkan laman produl berkenaan, tetapi telah menariknya kembali.
Mungkinkah kita akan melihat pengumumannya pada acara Computex kelak?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9LzPN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment